
BERSAMA PAUTAN UKHWAH
UNGKAPAN RASA

Isnin, Mei 11, 2009
Muamalat Islam: Satu Rencana Utk Renungan

Rabu, Mac 11, 2009
Muamalat Islam:Kekeliruan Antara Perniagaan & RIBA
- KEUNTUNGAN merupakan ganjaran bagi khidmat yang dilakukan.KEUNTUNGAN menggalakkan perniagaan dan perdagangan.
- RIBA merupakan pendapatan yg diperolehi tanpa usaha yang tiada kaitan dengan ganjaran khidmat yg diberikan.RIBA pula memusnahkan perniagaan melalui penindasan.
- Dalam perniagaan, keuntungan diperolehi melalui inisiatif yg kuat dan sudah pasti hasil yg diperolehi datangnya dari proses PENCIPTAAN NILAI yg jelas.
- RIBA sebenarnya menghalang proses penciptaan nilai atau proses produktif.
- Doktrin Ekonomi Islam;AFZAL-UR-RAHMAN, Jilid 3 DBP1994
Selasa, Mac 10, 2009
Muamalat Islam: RIBA & Keterangan Perlakuannya
- RIBA Duyun-jenis Qard (Rujuk posting kenali RIBA)
- RIBA Duyun-jenis Jahilliyah (atau juga Nasiah, akibat pertambahan masa)
- RIBA Buyoq-jenis terlibatan dalam perihal jual beli ( Fadl & Yad)
Ahad, Mac 08, 2009
Muamalat Islam: Dosa Perkara RIBA
- Dosa dirujuk kepada Al Quran Surah AlBaqarah Ayat 278-ditekan kepada tuntutan ketaqwaan yg kuat kepada Allah & Rasul
- Sesiapa yg kurang keimanannya & keyakinannya akan memandang sepi kepada ayat yg keras ini.
- Jauhilah perkara RIBA sehingga ke saki bakinya kiranya benar2 beriman.
- Perlanggaran perintah tersebut adalah seperti berperang dengan Allah & Rasul.
Sabtu, November 22, 2008
Muamalat Islam: RIBA Dalam Konteks Semasa
Bismillahirahmannirahim
Semoga kita mendapat iktibar dari kulliyah di atas. Insyaallah.
Salam.
Jumaat, November 21, 2008
Muamalat Islam: Kenali RIBA
Apa Itu Riba?
- Semua sarjana Islam bersetuju bahawa RIBA bermaksud adalah pertambahan, pertumbuhan, perluasan dan pembesaran. Walau bagaimanapun bukan semua pertumbuhan dan pertambahan dilarang oleh Islam.Dalam syariah RIBA secara teknikal merujuk kepada premium (lebihan, tambahan) yg mesti dibayar bersama2 dengan principal (pokok) pinjaman yg dibuat[1]
- Sebarang tambahan dalam barangan tertentu (Ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh.[2]
- Al Riba makna asalnya adalah bertambah. Bertambah dimaksud sama ada yg bertambah itu bendanya sendiri atau bertambah dengan yg lain, seperti satu dirham menjadi dua dirham[3].
Secara mudahnya begini sebagai contoh; Apabila siPolan meminjam dgn SiPolen sebanyak RM100, tetapi SiPolen meminta SiPolan membayarnya semula sebanyak RM150. Lebihan RM50 itulah yg dinamakan pertambahan iaitu RIBA.
Jenis2 RIBA[4]
Islam membahagikan RIBA ini kepada 4 jenis. Dua jenis yg diharamkan Al Quran dan Dua jenis yg diharamkan oleh Rasullulah.
Yang diharamkan Al Quran ( Lebih Menjurus Kepada Perkara Pinjaman & Hutang)
- RIBA NASIAH
Ini adalah jenis RIBA yg berpunca dari jual beli tertangguh atau berhutang.Jika penghutang gagal membayar dalam tempoh tertentu yg ditetapkan pemiutang akan mengenakan bayaran lebihan atas pertambahan masa. Ini disebut oleh para ulama sperti Ibn Abbas, Al Qurtubi dan Ibnu Qayyim. - RIBA QARD
Ini adalah sejenis RIBA yang berpunca dari pinjaman.Sebarang bayaran lebihan akibat pinjaman wang dalam tempoh tertentu.
Yang membezakan keadaan diatas adalah RIBA NASIAH mengenakan tambahan bayaran jika terlebih masa, manakala RIBA QARD pula telah ditetapkan bayaran tambahannya sejak awal2 lagi.
Yang Diharamkan Rasullulah SAW ( Lebih Menjurus Kepada Perkara Perniagaan)
“Dari Abu Said al-Khudri ra, Rasulullah SAW bersabda : Transaksi pertukaran emas dengan emas harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelebihannya adalah riba, perak dengan perak harus sama takaran dan timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelebihannya adalah riba, gandum dengan gandum harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelabihannya adalah riba, korma dengan korma harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelebihannya adalah riba, garam dengan garam harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai) kelebihannya adalah riba. maka apabila berlainan jenisnya, maka boleh kamu menjual sekehendakmu, asalkan dengan tunai."
Hadis Riwayat Muslim[5]
- RIBA FADL
Adalah pertukaran jual beli sama ada wang atau makanan dengan ada perbezaan atau lebihan sama ada secara tunai atau hutang.
Contoh: menukar 5gram emas jenis 916 dengan 6gram emas jenis 750. Lebihan tukaran tadi adalah haram kerana kerana sepatutnya keduanya mesti 5gram.Jenis kualiti tidak memberi kesan pada hukum[6]. - RIBA YAD
Adalah jual beli atau pertukaran dua jenis barang yang berlainan daripada jenis wang atau barangan dalam kedua2 kumpulan tersebut dimana pembayaran & penerimaan barangan tersebut dibuat dalam masa berlainan.
Insyaallah, semoga kita mendapat sedikit ilmu berkenaan perkara diatas.
Salam.
Sumber rujukan:
[1] RIBA Alternatifnya Dalam Sistem Bank Islam; Azlan Khalili Shamsudin;DBP 2000;MS1
[2] Wang Anda & Islam; Zaharuddin Abd Rahman;Riba & Hukumanya;Truewealth Publishing 2008;MS19
[3] RIBA Kesan & Mudaratnya Menurut Al Quran & Sunnah; Dr Said Ali Qahtani;Al Hidayah Publisher 2003
[4] Ahlak Bermuamalat; TG Nik Abdul Aziz Nik Mat & Anor; Anbakri Publika 2008;MS24
[5] http://www.halalguide.info/content/view/689/46/
[6] Wang Anda & Islam; Zaharuddin Abd Rahman;Riba & Hukumanya;Truewealth Publishing 2008;MS21
Muamalat Islam: Satu Pandangan
Pertamanya, ana suka membentangkan satu hadis Nabi SAW yg bermaksud:
“ Jauhilah Tujuh Dosa Besar iaitu Syirik, Sihir, Membunuh Tanpa Hak, MAKAN RIBA, Makan Harta Anak Yatim, Lari Dari Peperangan dan Menuduh Perempuan Baik Melakukan zina (Tanpa Saksi Adil)”
RiwayatAl Bukhari & Muslim
Jelas dari hadis diatas bahawa perlakuan RIBA adalah tergolong dalam salah satu tujuh dosa besar. Tetapi apakah langkah2 Umara (pemerintah) dan masyarakat sendiri dalam mempertingkatkan dan menambah serta memberi penekanan terhadap pentingnya memahami perkara dasar tesebut.
Hari ini kita melihat di negara kita secara keseluruhannya ramai yg telah terjebak dalam kancah tersebut sehingga bertemu kepayahan untuk keluar dari permasalahan. Ana memandang perkara ini berlaku kerana kelemahan system pendidikan secara amnya dan didikan agama secara khususnya dalam membentuk akhlak masyarakat sejak di awal alam persekolahan lagi.Penekanan dalam bidang Muamalat Islam terlalu sedikit atau lemah sedangkan pengabaian terhadap perkara tersebut akan membuatkan umat Islam terjebak kedalam perkara tujuh dosa besar tadi. Seharusnya penekanan adalah perlu selari dengan perkara TAUHID, AKIDAH dan IBADAH. Mengapa perlu begitu? Ini adalah kerana umat Islam juga perlu terlibat dalam kegiatan ekonomi di muka bumi ini. Ana sandarkan pandangan ini kepada hadis Nabi SAW seperti berikut:
"Bahawa sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu datangnya dari perniagaan serta jual beli."
Riwayat Abu Hurairah
Sudah terbukti dengan hadis di atas bahawa umat Islam juga dianjurkan supaya terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti berniaga,jual beli dan sebagainya. Tetapi perkara AKHLAK MUALAMAT ini tidak diajar atau di dedahkan sebaik mungkin menyebabkan kebanyakkan mereka itu tersesat dan mendedahkan mereka kepada menzalimi diri sendiri serta orang lain berdasarkan hadis berikut:
"Adapun sebahagian daripada isi neraka Wail di akhirat kelak adalah terdiri daripada peniaga yang menipu atau mengurangi timbangan."
Riwayat Muslim
Kita sedia maklum bahawa penduduk Malaysia diwakili oleh majoriti umat Islam sekitar lebih kurang 60% dari jumlah populasi. Ini juga bermakan akan terdapat 60% transaksi ekonomi yg dilakukan oleh orang Islam. Dari sudut ini sahaja dapat di perakui bahawa adanya keperluan menyediakan kemudahan & pendidikan berkaitan Muamalat Islam secara serius dan bukan hanya sekadar ambil mudah. Ini kerana ia menjadi kewajipan kepada umara dalam memenuhi tuntutan umat dalam mendapatkan kemudahan dan ilmu ekonomi yg Islamik untuk mengelakkan isu besar dan utama iaitu permasalahan RIBA.
Hadis Nabi SAW:
“Dilaknati Rasullulah SAW pemakan Riba, pemberi Riba, saksinya dan penulisnya”
Riwayat Abu Daud;At Tarmidzi & Albani
Oleh yang demikian wajiblah kita menghadapi cabaran dalam menyedarkan masyarakat dan mengislamisasikan segala bentuk perkara ekonomi yang selama ini dimonopoli oleh system konvesional kapitalis barat yg hampir memupus sekarang kepada yg diredhai oleh Allah SWT Dan Rasullulah SAW agar memperoleh keberkatan dan rahmatNya.








