Semoga kita semua mendapat kesedaran dan manafaat darinya.
BERSAMA PAUTAN UKHWAH
UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.
Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."
Oleh Ustaz Zaharudin @ http://www.zaharuddin.net/content/view/853/72/
Sabtu, Julai 25, 2009
Khutbah Muamalat : Larangan Bermuamalat Dengan Riba
Sabtu, Julai 25, 2009
0
Insyaallah, dapat kiranya kita meluangkan sedikit masa mendengar dan mengambil ilmu dari khutbah yg di sampaikan mengenai larangan bermuamalat dengan riba. Tempoh khutbah ini lebih kurang 17 minit.
Semoga kita semua mendapat kesedaran dan manafaat darinya.
Khamis, Mei 14, 2009
Muamalat Islam: Vatican Iktiraf Kewangan Islam
Khamis, Mei 14, 2009
0

Assalamualaikum WBT.
Lagi rencana berita mengenai pengiktirafan oleh pihak Vatican terhadap Kewangan Islam. Sedikt terjemahan dalam bahasa melayu seperti berikut:
Kewangan Islam Boleh Membantu Krisis Perbankan Barat Ujar Vatican.
"Vatican telah menyeru agar bank bank melihat kepada perundangan kewangan Islam untuk memulihkan kembali keyakinan pelanggan dalam keadaan krisis global sekarang.
Prinsip etika sebagai asas kewangan Islam diyakini dapat mendekatkan lagi hubungan antara pelanggan mereka dalam menyampaikan ke tahap tanda aras sebenar khidmat kewangan."
Sumber: Bloomberg.com Bertarikh 4-Mar-2009
Alhamdullilah, kebelakangan ini semakain ramai pihak2 yg Non Muslim mengakui akan keberkesanan dan kebaikan perbankan Islam. Amin.
Cuma sedikit sayang, masih ada segelintir muslim yg masih enggan & kabur2 dalam meyakini sistem tersohor ini. Namun begitu usaha2 dakwah & Ilmiah harus diteruskan dalam memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan berkenaan Muamalat Islam dalam mendidik masyarakat berkenaannya seperti yg dituntut.
Insyaallah. Salam.
Isnin, Mei 11, 2009
Muamalat Islam: Satu Rencana Utk Renungan
Isnin, Mei 11, 2009
0

Sedikit terjemahan dari artikel di atas mengikut bahasa yg ringkas utk mereka yg kurang fasih berbahasa inggeris:
SEMAKIN RAMAI BUKAN ISLAM MENCUBA PERBANKAN ISLAM:OCBC
"Bukan Islam merupakan separuh daripada pelanggan perbankan Islam Al Amin OCBC menurut Ketua Pegawai Eksekutif"
Perbank Islam semakin mendapat tempat di hati bukan Islam di seluruh dunia kerana ketegasannya dalam prinsip pembiayaan, menurut bank ketiga terbesar Singapura itu, menyaksikan usaha industri perbankan menjadikan sumber kerpecayaan sebagai satu langkah dalam mendapatkan tempat dalam pasaran.
Kewangan Islam merupakan satu adunan ekonomi Islam dan prinsip pinjaman moden dimana produknya boleh dinikmati dan dimanafaatkan oleh orang Islam dan bukan Islam.
Pada sautu ketika dahulu perbankan Islam merupakan satu pasaran yg kecil bagi menyediakan kemudahan bagi umat islam yg mengelakkan perbankan konvesyenal kini kewangan Islam merupakan produk popular kebelakangan ini oleh kerana pelaburan besar oleh syarikat dari Negara Teluk dan meningkatnya permintaan dalam pelaburan beretika.
Orang bukan Islam juga sekarang telah mula mencari pelaburan2 yg berisiko rendah sebagai alternatif kepada keaadan kredit global masa sekarang yg menyaksikan tahap keraguan mereka terhadap tatacara pengurusan risiko mengikut praktis barat.
Artikel ini dpetik dari Business Times. Rencana ini berkenaan Orang Bukan Muslim yg semakin berminat menggunakan produk perbankan Islam. Bagaimana reaksi kita terhadap perkara ini. Jadilah pengguna yg bijak dalam menilai sesuatu perkara.Perlukah kita sebagai orang Islam sendiri memperlekehkan sistem sendiri sedangkan orang lain mengetahui akan kekuatannya.
Sehingga bertemu dalam posting seterusnya. Renung renungkan.
Salam.
Isnin, April 20, 2009
PTPTN: Berkongsi Maklumat
Isnin, April 20, 2009
0
Assalamualaikum;
Sebagai memberi pandangan kepada pertanyaan pengunjung saljuputih, ana sertakan beberapa update yg ada pada ana sebagai rujukan dan pertimbangan saudari.
Semoga mendapat maklumat & pertimbangan yg wajar. Insyaallah.
Sebagai memberi pandangan kepada pertanyaan pengunjung saljuputih, ana sertakan beberapa update yg ada pada ana sebagai rujukan dan pertimbangan saudari.
Semoga mendapat maklumat & pertimbangan yg wajar. Insyaallah.
Pekeliling PTPTN dr sumber http://www.ptptn.gov.my/docs/Pekeliling/2-2008.pdf adalah dirujuk.

Sebagai menjawab pertanyaan saljuputi, bolehlah merujuk kepada komen Ustaz Zaharudin spt yg disertakan diatas.
Insyaallah. semoga kita berada di landasan yg benar.
Rabu, Mac 11, 2009
Muamalat Islam:Kekeliruan Antara Perniagaan & RIBA
Rabu, Mac 11, 2009
0
Bismillahirrahmanirahim
Orang Pagan Arab tidak membezakan antara riba & perniagaan malah menganggap bahawa riba adalah satu perniagaan. Segala lebihan dari pulangan yg dipinjamkan kepada si peminjam dianggap halal kerana ia adalah atas persetujuan bersama. INI ADALAH SALAH.
Al Quran telah menolak perbandingan yg tidak tepat ini dengan mengistiharkan yg perniagaan & riba adalah sebenarnya berbeza. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT ;
ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّۚ ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّبَوٰاْۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ فَمَن جَآءَهُ ۥ مَوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُ ۥ مَا سَلَفَ وَأَمۡرُهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
Surah Al Baqarah [2:275]
Mengapa Allah menghalalkan jual beli & mengharamkan RIBA. Ini kerana terdapatperbezaan asas di antara dua lebihan yg diperolehi darpda kegiatan tersebut.
- KEUNTUNGAN merupakan ganjaran bagi khidmat yang dilakukan.KEUNTUNGAN menggalakkan perniagaan dan perdagangan.
- RIBA merupakan pendapatan yg diperolehi tanpa usaha yang tiada kaitan dengan ganjaran khidmat yg diberikan.RIBA pula memusnahkan perniagaan melalui penindasan.
Antara fakta lain yg penting yg membezakan antara perniagaan & RIBA adalah seperti berikut;
- Dalam perniagaan, keuntungan diperolehi melalui inisiatif yg kuat dan sudah pasti hasil yg diperolehi datangnya dari proses PENCIPTAAN NILAI yg jelas.
- RIBA sebenarnya menghalang proses penciptaan nilai atau proses produktif.
Secara mudahnya, perniagaan menuntut pemodal berusaha agar mendapat keuntungan atas apa yg diniagakan manakala, RIBA itu menjadikan pemodal pasif dan mengharapkan pelaburannya akan menjana lebihan atas usaha orang lain yg ditindas.
Insyaallah semoga mendapat kefahaman dan keterangan dari tulisan diatas sebagai panduan.
Sumber rujukan:
- Doktrin Ekonomi Islam;AFZAL-UR-RAHMAN, Jilid 3 DBP1994
Selasa, Mac 10, 2009
Muamalat Islam: RIBA & Keterangan Perlakuannya
Selasa, Mac 10, 2009
0
Bismillahirrahnirrahim
Assalamualaikum WBT. Seterusnya ana bawakan sedikit lagi ilmu untuk para pengunjung berkenaan dengan jenis2 RIBA dan keadaan perlakuannya.
Kuliyyah 9 minit ini oleh Ustaz Zaharudin sekali lagi dengan jelas menyatakan beberapa perlakuan yg jatuh dalam kategori Riba supaya kita semua boleh mengambil pengajaran sekaligus mengelakkan ianya dari berlaku, insyaallah.
Dalam kulliyah ini ustaz menerangkan tentang kejadian RIBA dalam dua jenis situasi perlakuan iaitu:
- RIBA Duyun-jenis Qard (Rujuk posting kenali RIBA)
- RIBA Duyun-jenis Jahilliyah (atau juga Nasiah, akibat pertambahan masa)
- RIBA Buyoq-jenis terlibatan dalam perihal jual beli ( Fadl & Yad)
Semoga mendapat pengajaran daripada kulliyah di atas.
Ahad, Mac 08, 2009
Muamalat Islam: Dosa Perkara RIBA
Ahad, Mac 08, 2009
0
Bismillahhirrahmanirahim
Assalamualaikum wbt kepada para rakan2, pelajar2, pengunjung dan pembaca blog ini.
Pertama kali ingin memohon maaf kerana telah hampir beberapa bulan telah tidak mengemaskini sumber2 ilmu disini kerana kekangan masa. Jadi dengan posting terbaru ini saya telah membuat beberapa kemaskini dari segi penambahbaikan blog dan seterusnya akan menambahkan beberapa sumber ilmu untuk rakan2 sekelian agar dapat dijadikan pengetahuan sebagai panduan.
Pada kali ini dibawakan sedikit ulasan oleh Ustaz Zaharuddin bekenaan Dosa Riba yg beliau ulas dan komen ketika satu sesi ceramah berkenaan pelaburan internet. Video ceramah ini adalah selama 9 minit lebih kurang dan diharapkan para pengunjung dapat meluangkan sedikit masa mendengar dan mengambil iktibar dari apa yg akan disampaikan oleh beliau.
Perkara isi yg diutarakan bolehlah diringkaskan seperti berikut:
- Dosa dirujuk kepada Al Quran Surah AlBaqarah Ayat 278-ditekan kepada tuntutan ketaqwaan yg kuat kepada Allah & Rasul
- Sesiapa yg kurang keimanannya & keyakinannya akan memandang sepi kepada ayat yg keras ini.
- Jauhilah perkara RIBA sehingga ke saki bakinya kiranya benar2 beriman.
- Perlanggaran perintah tersebut adalah seperti berperang dengan Allah & Rasul.
Insyaallah semoga mendapat panduan bagi kita bagi perkara diatas.
Salam.
Langgan:
Catatan (Atom)








