Assalamualaikum WBT. Insyaallah kali ini kita akan berbicara mengenai pengertian MUAMALAT.
Erti Muamalat ialah bertukar2 Faedah. Menurut istilah hukum Fiqh ialah berkenaan perkara atau hal2 yg mengenai kegiatan dalam bertukar tukar faedah harta benda di antara seseorang dengan seorang yg lain mengikut cara2 yg tertentu.
Boleh juga dikatakan , hukum Muamalat ini diertikan sebagai undang2 mengenai urusan pertukaran faedah harta benda, termasuklah didalamnya urusan2 Jual Beli, Hutang Piutang, Sewa Menyewa, Gadai Menggadai, Upah Mengupah, Pinjam Meminjam, Bercucok Tanam, Bersyarikat dan sebagainya.
Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.
Perkara2 Prinsip MUAMALAT
- Perkara2 yg dibenarkan dan mengikut kelayakan dalam Syarak sebagai Keutamaan.
- Urusan Kontrak dengan persetujuan bersama.
- Larangan atas perkara RIBA
- Larangan atas perkara GHARAR (unsur2 muslihat, ketidak tentuan)
- Larang atas perkara QIMAR dan MAYSIR (unsur perjudian)
- Larang penipuan dan tipu helah.
- Larangan terhadap transaksi atas perkara2 yg diharamkan.
Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak.
Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.
Firman Allah SWT:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَڪُم بِٱلۡبَـٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَـٰرَةً عَن تَرَاضٍ۬ مِّنكُمۡۚ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمً۬ا
Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu"
Surah An Nisa 4:29
Insyaallah hingga ketemu lagi dalam tulisan akan datang. Semoga kita mendapat kelebihan ilmu dari catatan diatas.
Sumber rujukan:
0 ulasan:
Catat Ulasan