Tarikh : 15 July 2008
Tempat: DBP Kuala Lumpur
Masa : 9.00 malam
Tajuk : Hari ini Tubuh Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak
PDebat 1: Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat PKR & PR
PDebat2 : Datuk Ahmad Sabery Chik Menteri Penerangan Malaysia
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)

Tarikh : 15 July 2008
Tempat: DBP Kuala Lumpur
Masa : 9.00 malam
Tajuk : Hari ini Tubuh Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak
PDebat 1: Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat PKR & PR
PDebat2 : Datuk Ahmad Sabery Chik Menteri Penerangan Malaysia
Fakta fakta dan kesimpulan yg ana dapat & buat semalam:
Selesai sesi ceramah; sesi soal jawab bermula. Atas dasar ingin tahu dan ingin keterangan lanjut ana jadi orang yg pertama bangun pegi kat mic dan tanya soalan CEPU MAS:
Ini adalah jawapan AlFadhil Ustz Abu Hassan Din Al Hafiz (diringkaskan)
Ini adalah jawapan Ustaz Nazri Chik (diringkaskan dan ketika ini para jamaah tadi yg nampak dah letih tunggu bila nak abis jadi semacam segar dan beri perhatian)
Soalan ana mendapat ulasan lebih kurang 10-15 minit. Majlis tamat lebih kurang pukul 11.30mlm. Dapat salam cium tangan AlFadil Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz, peluk dan ambil gambar,memang niat bila tengok dia naik pentas ceramah (sebab tak sangka Alfadhil yg datang bagi ceramah). Lepas tu diorang jemput ana join supper same2 dgn management team diorang. Alhamdulillah semacam dipermudah dan dimurahkan rezeki jek semalam.
Dan yg menarikya semalam juga ana bermimpi bersama dengan AlFadhil Ustaz AH Din yg ceritanya biar ana simpan dalam hati.Mungkin dah sampai isyaratnya pada hamba ini.
Dan inilah pengalaman dan ilmu yg ana dapat semalam yg ana nak kongsikan bersama saudara2 & sahabat pembaca. Samada bersetuju atau tidak terpulang pada diri masing2.Pendapat mengatakan Ilmu Perlu DiCari dan Guru Harus Di Datangi.
1.Allah SWT Adalah Pemilik Segala Sesuatu
Allah memberi kekayaan kepada manusia dan Dia adalah Pemilik sebenar kepada segala sesuatu.
Manusia mestilah menggunakan kekayaan yang diperolehinya di dunia ini untuk mendapatkan kehidupun yang baik dan sejahtera di akhirat kelak.Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
"Ahli peniaga yang jujur lagi amanah adalah bersama sama para nabi, para siddiqin dan para syuhada' "
[Hadis Bukhari]
3.Bahagian Di Dunia Tidak Boleh Di Abaikan Dalam Mendapatkan Akhirat
Manusia tidak boleh mengabaikan bahagiannya di dunia ini. Manusia hendaklah bekerja sekuat kuatnya untuk mendapatkan kebaikan di dunia ini dengan cara cara yang paling 'adil dan dibenarkan oleh undang undang.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui Batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezkikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu beriman kepada Nya."
[Surah Al Ma'idah: Ayat 87-88]
"Katakanlah : "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dan pada Allah yang telah dikeluarkan Nya untuk hamba hamba Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik ?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) pada hari qiyamah. Demikianiah Kami menjelaskan ayat ayat itu bagi orang orang yang mengetahui."
[Surah Al A'raf: Ayat 32]
4.Tetap Berlaku Adil Kepada Sesama Manusia
Manusia mestilah berlaku baik terhadap sesama manusia. Hendaklah mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan membantu orang orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku 'adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada agar kamu dapat mengambil pelajaran.''
[Surah Al Nahl: Ayat 90]
"Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir miskin dan orang orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang orang yang mencari keredaan Allah, dan mereka itulah orang orang yang beruntung. "
[Surah Al Rum: Ayat 38]
5. Tidak Boleh Melakukan Sebarang Kerosakkan
Manusia tidak dibenarkan untuk melakukan kerosakan di maka bumi. Ia mesti mengelakkan dirinya daripada melakukan perbuatan perbuatan dosa yang termasuk di dalamnya kegiatan kegiatan mencari kekayaan yang tidak 'adil, membazirkan sumber sumber dan hasil hasil kekayaan serta melakukan penipuan dalam perniagaan.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan janganIah kamu mengikuti langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
[Surah Al An'am: Ayat 142]
"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berlebih lebihan."
[Surah Al-A'raf: Ayat 31]
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui."
[Surah Al Baqarah: Ayat 188]
Semoga mendapat manafaat darinya.Insyaallah.
Sumber Rujukan dan Penulisan :
Prinsip Asas
Islam sebagai suatu akidah dan beriman kepada akidah merupakan faktor pertama dalam pembinaan masyarakat yakni AKIDAH kepercayaan kepada 6 Rukun Iman;
1.Kepercayaan kepada Allah
2.Kepercayaan kepada Malaikat2
3.Kepercayaan kepada Kitab2 Allah
4.Kepercayaan kepada Rasul & Para Nabi
5.Kepercayaan kepada Hari Kiamat / Akhirat
6.Kepercayaan kepada Qada & Qadar
Akidah ini melahirkan serta menetapkan beberapa ibadah yang mesti dihayati dan dilaksanakan selaras tuntutan agama. Perlaksanaan ibadah ini boleh dirujukan kepada perlaksanaan tuntutan dalam Rukun Islam iaitu;
1.Mengucap Kalimah Syahadah
2.Memunaikan Sembahyang Lima Waktu
3.Berpuasa di Bulan Ramadhan
4.Menunaikan Zakat
5.Mengerjakan Haji bagi yg Upaya
Oleh yg demikian faktor kedua dalam pembentukan asas dan prinsip ekonomi islam adalah diteraskan kepada perlaksaan IBADAH berlandaskan akidah ; yg mana keyakinan terhadap ganjaran dosa dan pahala serta pembalasan di akhirat kelak akan meyeimbangani kerperluan duniawi.
Faktor ketiga dalam pembinaan masyarakat ialah AKHLAK INSANIAH & IHSAN. Islam sebagai agama yang sumul amat mementingkan kebenaran, kejujuran dan keikhlasan dalam semua tindak-tanduk kehidupan. Melihat hubungan yang lebih jauh daripada itu, konsep Islam telah menggariskan bahawa sifat sifat ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan perasaan, rasa atau gerak hati. Hal yang bertolak daripada makna ‘insan’ ini perlu dilihat dengan menggunakan pemikiran yang telus serta berprinsipkan kesyumulan hakikat ilmu juga iman.
Islam telah mengariskan bahawa batas kehidupan manusia perlu berlandaskan sunah rasulullah (Nabi Muhammad SAW). Sunah ini memberikan informasi tentang faktor-faktor yang mengutamakan akhlak, bertindak secara bijaksana, dan meninggalkan kemungkaran seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran dan hadis. Sementara ’insan’ dalam metod Islam ialah akal, roh dan jasad manusia yang dapat membuktikan ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, dalam mencari makna insaniah itu, kita perlu melihat kepada sifat-sifat pengabdian kepada Allah dan diikuti dengan keindahan (estetika) duniawi.
Keindahan insaniah dapat dinilai daripada aspek luaran dan dalaman. Allah berfirman yang bermaksud;
“Hai anak Adam, sesungguhnya Aku menurunkan pakaian kepada kamu untuk menutup kemaluan dan untuk perhiasan, tetapi pakaian taqwalah yang paling baik. Ini adalah sebahagian daripada keterangan keterangan Ku”
[Al Quran:Surah Al-A’raf Ayat 26]
Peringatan ini sewajarnya dihubungkaitkan dengan firman Allah yang bermaksud;
“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak insaniah yang tinggi”
[Al Quran: Surah Al-Qalam Ayat 4]
Faktor keempat ialah satu kumpulan kaedah, hukum dan perundangan serta peraturan yg mengatur urusan tindakan setiap individu berkaitan hak dan kewajipan terhadap sesama mereka, masyarakat dan negara. Ini bertujuan untuk memelihara hak2 , perlaksanaan kewajipan , batas 2 kuasa dan tanggunjawab terhadap segala urusan dan permasalah dalam masyarakat. Kaedah ini biasanya dirujuk sebagai SYARIAH iaitu peraturan yg merujuk kepada panduan Al quran , Hadis dan Sunnah Rasullulah SAW dalm mengatur kehidupan.
Sisipan Video: Oleh Bro Ali dalam Bahasa Inggeris Yg telah diterjemahkan dibawah.
“Kita sepatutnya menjadi contoh disini.Mengapa kita mengenepikan Islam bila ia melibatkan urusan perniagaan?. Adakah ia kerana wang? Wang cumalah satu percubaan atau ujian. Perniagaan adalah satu perkara yg melibat interaksi/ perhubungan antara manusia dari pelbagai latar belakang dan tidak mengira apa juga agamanya. Seorang peniaga yg menonjol adalah seorang peniaga yg terpuji / jujur.
Sebagai seorang muslim kita mahu dikenali dengan menjadi seorang yg mempunyai akhlak yg terbaik, dengan menjadi seorang peniaga yg terbaik. Peribadi Nabi Muhammmad SAW begitu menyerlah terutamanya bila baginda dalam urusan perniagaan. Suka saya ingatkan bagaimana baginda menguruskan perniagaan Khadijah yg membuatkan baginda begitu menyerlah.
Islam mengajar kita supaya menjadi peniaga yg terbaik dengan berlaku adil dan jujur, dengan mengikuti Al Quran dan Sunnah dalam semua perkara termasuk perniagaan.Saya suka mengingatkan semua orang dan saya akan memikirkan satu set tentangnya supaya anda tidak memberikan wang untuk digunakan secara tidak islamik .
Sebagaimana video2 saya yg lain saya berkata2/berpesan2 kepada diri saya dahulu sebelum saya berkata2 kepada orang lain.
Saya adalah Ali yang mengingatkan anda seandainya anda terlupa.”
Nota: Bro Ali adalah seorang pendakwah bebas yg baru memeluk Islam. (http://www.youtube.com/watch?v=uPFwxfol_j8 ).Beliau banyak memberi ceramah2 dakwah menggunakan pendekatan berseloroh, multimedia dan menarik dengan harapan agar Islam lebih mudah didekati.
Sumber Rujukan:
Perdengarkan dan fahamkan pernyataan2 tersebut semoga kita mendapat manafaat darinya dalam mendalami apa jua ilmu dan pekerjaan semoga mendapat rahmat dari Allah SWT. Insyaallah.
Kredit kepada arrashidin dan ichocolat yg menguploadkan siri tersebut ke YouTube.

[Surah Al Maidah (5) Sebahagian Akhir Ayat 3]
Mohd Hafiz Hassan.Dip In Banking.BBA(Hons)UiTM
Bersama Ustz Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz Di Forum Perdana Islam BBU Johor 12 Julai 2008
Bersama Dr Asyraf Wajdi Dato' Dusuki Ketua Perhubungan Penyelidikan Dari Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa (ISRA) Di Seminar Kewangan Islam Johor Bahru 25 Julai 2008
Bersama Dato Dr Hj M Fadzilah Kamsah Seminar Profesionalisma Di Tempat Kerja Unit Perbankan Islam Di Sofitel Senai JB 13 Ogos 2008
Bersama En Mohamed Ismail Shariff Penasihat Undang2 Perbankan Islam Kursus Kewangan & Perbankan Islam Sudut Perspektif Undang Undang Malaysia Bangi Selangor Darul Ehsan 28 Aug 2008

Ini Adalah Harga Emas Sedunia Bersandarkan USD. Harga Di Atas Utk Berat 1 Ounce=28.35Gram. Islam Menuntut Agar Nilai2 Kekayaan Disandarkan Kepada Emas & Perak.Tapi Jangan Lupa Bayar ZAKAT HARTA EMAS & PERAK.
Lihat Pergerakkan Harga Emas (point mouse kat 5y) Sungguh Menarik Bukan? Simpan Sikit2 Pun Tidak Mengapa.Harga Emas Adalah Kalis Kemelesetan Ekonomi (Nilai Berubah Tak Ketara).Sekian Untuk Ilmu Tuan2 Sekalian.