Assalamualaikum WBT
Bismillahirahmannirrahim,
Alhamdullilah dapat lagi saya menulis dalam ruangan ini dengan IzinNya, maaf kepada para pengunjung yg sentiasa memerlukan update kerana kekangan masa dan masalah lain. Insyaallah saya akan terus menulis selagi dalam kemampuan.Insyaallah hari ini kita cuba mengenali & memahami secara ringkas mengenai perkara FIQH.
Apa Itu FIQH?
Ianya secara khusus boleh dibicarakan dalam dua keadaan, iaitu dalam sebagaimana berikut :
- Al-Fiqh dalam sudut segi bahasa Arab mempunyai beberapa erti dimana antara yg utama adalah;
- Kefahaman mutlak atau kepintaran;
- Faham terhadap tujuan atau maksud bicara seseorang;
- Mengetahui sudut hakikat atau batin sesuatu serta menyampaikan kepada intipatinya.
2. Fiqh dalam sudut istilah pula membawa pengertian;
- Sesuatu ilmu yg berkaitan dengan hukum Syariah Islam yg difahami dan diketahui melalui dan berkaitan dengan perbuatan berbentuk praktikal menerusi dalil2nya yg terperinci.
- Ilmu berkaitan dengan hukum yg diperoleh menerusi itjihad dan pendapat mujahid serta ketetapan Allah seperti ; sebagai contoh ilmu yg menyentuh berkaitan pembunuhan yg diharamkan dan diwajibkan qisas.
- Hukum praktikal yg distinbatkan oleh ulama mutjahid daripada dalil2 yg ju'zi atau pecahan. Ia berkenaan perkara perbuatan hamba dan menjelaskan tentang sifatnya seperti Wajib, Sunat, Haram, Makruh dan Harus.
Rumusannya, FIQH ibarat tentang sekumpulan hukum Syariah yang menjelaskan tentang sifat yang terbentuk atau lahir dari manusia.
Insyaallah, hingga bertemu lagi dalam penulisan yang datang, setakat ini kita telah membicarakan 3 perkara utama iaitu Syariah, Muamalat dan FIQH secara ringkas sebelum meneruskan perbincang lanjut dalam perkara objektif blog ini.
Diharap sedikit sebanyak telah membantu para pengunjung yg mencari ilmu walaupun tidak seberapa sekadar kemampuan saya.
Salam.
Sumber Rujukan:
- Pengantar Syariah & Teori FIQH, Ustaz Abdul Latif Muda, Pustaka Salam.
0 ulasan:
Catat Ulasan