EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: Untuk Renungan Bersama : Inikah "GHARAR"?

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Sabtu, Mac 13, 2010

Untuk Renungan Bersama : Inikah "GHARAR"?

Sabtu, Mac 13, 2010
Photobucket


Saya menyelusuri lawan2 ekonomi dalam mencari maklumat2 terkini lalu terbaca satu petikan berita berikut, yg mungkin boleh dijadikan bahan ilmu dan iktibar bagi yg mahu mengambil tahu dan memahami perkara muamalat Islam ini.

Seminggu ini berita ini hangat diperkatakan, malah ada juga para pengguna yg mengeluh kerana perkara ini berlaku, terutama bg yg berpendapatan rendah dan sederhana, namun apakan daya pilihan sudah di buat, risiko harus ditanggung, samada sebelum ini tiada ilmu yg sampai atau tiada usaha mengambil tahu atau sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga.



Berita ini dipetik dari arkib Utusan Online 05 Mar 2010, yg memberitahu akan kenaikan OPR (Overnight Prevailing Rate) atau Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25bps (base point). Cara mudah 25 point / 100 base point = 0.25%.

Ini secara langsung akan menaikkan kadar Faedah Pinjaman Asas (Base Lending Rate ; BLR) perbankan konvensional. Apakah impak dari kenaikkan ini? Kita bincang secara ringkas:

  1. Bermakna , secara otomatisnya bayaran bulanan pinjaman anda; bahagian utk pokok akan mengecil dan bahagian utk faedah bunga akan membesar SEMULA sebelum turun balik mengikut prinsip piramid. Oleh yg demikian secara logik akal dan matematik mudah BOLEHKAH pinjaman itu selesai dalam tempoh perjanjian? Jawapannya BOLEH JIKA ANSURAN DINAIKKAN DARI ANSURAN BIASA. Jika tidak tempoh pinjaman akan berlanjutan melebihi tempoh perjanjian.

Secara purata dengan kenaikan 25bps ini majoriti bank mengenakan kadar BLR baru pada 5.80%. Saya sertakan disini statistik kadar BLR Malaysia dari 1992 hingga sekarang untuk permerhatian pengunjung.


Secara puratanya bagi tempoh 10 tahun lepas BLR berkadaran purata antara 6-7.5%. Ini baru BLR, belum dicampurkan dengan faedah yg dikenakan atas pinjaman kita i.e contoh BLR + 1.0%. Masyaallah saudara. Jadi bg yg telah meminjam dengan sistem konvensional, persoalannya ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA DENGAN SEBARANG PERUBAHAN DALAM KOMITMEN HUTANG KITA? Subhanallah, semoga kita memperoleh keampunan atas kelalaian dan kecuaian kita ini.

Suka saya mengaitkan perkara ini dengan definasi GHARAR, perkara yg ditegah dalam muamalat Islam sebagaimana definasinya seperti berikut:

  1. Defenisi gharar menurut mahzab Imam Safi`e seperti dalam kitab Qalyubi wa Umairah[1] :Al-ghararu manthawwats `annaa `aaqibatuhu awmaataroddada baina amroini aghlabuhuma wa akhwafuhumaa. Artinya: “gharar itu adalah apa-apa yang akibatnya tersembunyi dalam pandangan kita dan akibat yang paling mungkin muncul adalah yang paling kita takuti”.
  2. Wahbah al-Zuhaili [2] memberi pengertian tentang gharar sebagai al-khatar dan altaghrir, yang artinya penampilan yang menimbulkan kerusakan (harta) atau sesuatu yang tampaknya menyenangkan tetapi hakekatnya menimbulkan kebencian, oleh karena itu dikatakan: al-dunya mata`ul ghuruur artinya dunia itu adalah kesenangan yang menipu.
  3. Dengan demikian menurut bahasa, arti gharar adalah al-khida` (penipuan), suatu tindakan yang didalamnya diperkirakan tidak ada unsur kerelaan.
Insyaallah tuan2, saya mengambil kesempatan ini utk mengingatkan diri saya juga sahabat2 lain diluar sana dalam menyampaikan kebaikkan kebaikan dalam wadah ilmu ini kepada ahli keluarga, anak2, saudara mara dan rakan2.

Firman Allah SWT bermaksud:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal."

(Surah Ali ‘Imran:190)

Salam.

Sumber Rujukan:

0 ulasan:

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates