EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: April 2008

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Rabu, April 23, 2008

Latihan Kajian Kes : Kesatuan Islam Dan Cabaran Ekonomi

Rabu, April 23, 2008 0
Berdasarkan kajian oleh Pusat Kajian & Latihan Sosial Ekonomi Negara Islam yg berpusat di Ankara Turki, didapati status ekonomi Negara OIC sememangnya berada pada tahap mendukacitakan. Tahap KEMISKINAN, BUTA HURUF dan perkhidmatan KESIHATAN adalah terburuk berbanding dengan Negara lain. Statistik yg dikeluarkan pada tahun 2004 menunjukkan 344 juta (37%) umat Islam yg tinggal di Negara OIC berada pada tahap KEMISKINAN. 27 daripada 55 anggotanya terdiri daripada NEGARA MISKIN.

Kebanyakkan orang Islam yg menduduki Negara Islam dihimpit
KEMELARATAN & KEMISKINAN. Pendapatan per kapita mereka yg tinggal di Negara Islam ialah AS$1100 manakala yg tinggal di Negara bukan Islam pula ialah AS$5133.
Kira kira 50% daripada penduduk di Negara Islam hidup dengan pendapatan KURANG daripada AS$2 sehari.

Jika diteliti sedalamnya
ancaman utama umat Islam bukanlah aktiviti militant atau keganasan sebaliknya akibat KEKURANGAN PENDIDIKAN,KEJAHILAN dan KEMISKINANAN.”

*Sumber: Fadhillah Mansor,Dewan Ekonomi Ms 33 September 2007.



Apakah kesimpulan yg boleh rumuskan dari keterangan diatas? Rujuk definasi ekonomi yg telah diperjelaskan sebelum ini. Perhatikan perenggan terakhir huruf huruf yg di besarkan. Rujuk pula ringkasan definasi Ekonomi Islam. Apa kaitannya?

Boleh dipastikan disini secara umumnya bahawa oleh kerana perkara KEKURANGAN PENDIDIKAN, KEJAHILAN, BUTA HURUF ( dimana keadaan ini adalah saling dan amat berkait) telah menjerumuskan umat Islam ke lembah kemiskinan, oleh yg demikian bagaimanakah mungkin mereka itu dapat melaksanakan takrifan EKONOMI ISLAM itu sendiri oleh kerana mereka itu sendiri KURANG BERILMU walaupun berada dalam sebuah Negara Islam.

Lihat pula bagaimana Islam itu meletakkan kedudukan ilmu dalam kehidupan melalui Al Quran Allah berfirman;

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)


“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).”

(An Nisa: Ayat 83)


“Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.”

(An Nisa : Ayat 162)


“Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya) dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.”

( Surah Thaha : Ayat 114)


Lihat janji janji Allah terhadap orang yg menguasai ilmu pengetuahuan dan beriman melaluinya. MAKA SESUNGGUHNYA BENARLAH JANJI JANJI ALLAH ITU.

Wasalam.

Isnin, April 21, 2008

Pengenalan Kepada Apa Itu Ekonomi; Definasi Ringkas

Isnin, April 21, 2008 0
Bismillahirahmanirahim

Adakah anda tahu apa itu Ekonomi. Mungkin biasa kita mendengar, membaca dsb, tetapi adakah kita mengerti akan maksudnya? Nah disinilah kelebihannya bagi orang2 yg membaca dan memahami ,maka benarlah seperti apa yg termaksud dari Surah Al Alaq itu.


Definasi Konvensional

Ekonomi adalah suatu cabang ilmu yg mengkaji dan mendalami permasalahan dan mengolah penyelesaiannya dalam kehidupan individu dan masyarakat, berkenaan perkara untuk memenuhi PERMINTAAN & PENGELUARAN / PENAWARAN (Demand & Supply) sumber yang terhad dibumi ini.

Apakah contoh mudah berkenaan PERMINTAAN & PENGELUARAN/ PENAWARAN itu ? Kita ambil contoh;

1.
Tanah- Permintaan dari individu untuk memiliki tanah di Malaysia amat tinggi tetapi untuk memenuhi permintaan amatlah sukar berdasarkan keluasan tanah di muka bumi Malaysia amat terhad.

2.
Minyak-Permintaan untuk bekalan minyak semakin meningkat menyebabkan harganya melambung tinggi oleh kerana simpanan rezab semakin berkurang dan keboleh upayaan utk membekalkan adalah terhad.


Definasi Islam

Ekonomi Islam merupakan cabang ilmu mengkaji kegiatan manusia selari syariat dari segi MEMPEROLEH, MENGGUNA & MENGURUS sumber asli dan harta demi kebaikan bersama secara KEBENDAAN & KEROHANIAN demi mendapat KEREDHAAN Allah S.W.T.

Sumber rujukan:
• Muhammad Abdul Mannan;Ekonomi Islam; Teori Dan Praktis Jilid 1 Bah. I&II
• Mat Hassan Abu Bakar;Apa Itu Ekonomi Islam;PTS Publication 2004


Fahamkah anda sekarang apa itu Ekonomi? Bolehkah sekarang membezakan antara Ekonomi Konvensional & Islam? Yang manakah pada anda pandangan anda melalui definasi serta tafsiran di atas lebih menyejukkan hati?

Sehingga bertemu lagi…Salam.

Alhamdullillah Syukur ke Hadrat Allah

Telah lama menanti untuk lebih mendalami sebahagian dari cabang ilmu islam ini, namun telah dibisikan dihati apakah sumbanganku kepada Dunia Islam serta Umatnya atas apa dipelajari sehingga hari ini dan amanah untuk menyampaikan kepada semua agar mereka itu boleh membuat pertimbangan sewaras akal fikiran selaras tuntutan Islam sebagaimana maksud firmanNya;

"(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."

[Al Quran: Surah At Taubah (9) Ayat 112]



Alhamdulillah, sekali lagi atas izinNya akhirnya dapatlah juga diberikan kesempatan untuk berinteraksi sambil beramal melalui laman blog ini sebagai medium pengantaraan ilmuNya dan semoga dapat dihindarkan keburukkan dan kesalahan sebaliknya dilimpah kurnia panduan dan bimbingan agar objektif utk memberi pengetahuan yg asas tentang ilmu ini dapat dimanafaatkan bagi mereka yg mahu berfikir. Maksud firman Allah;


"Dialah yang menurunkan kepada mu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Qur'an. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “mutasyaabihaat” (yang samar- samar , tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecederungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Ta'wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang di sukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya (tafsir maksudnya yang benar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata : "Kami beriman kepadanya , semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran ."

[Al Quran: Surah Ali Imran (3) Ayat 7]


Setakat ini dahulu sebagai pengenalan dan permulaan. Semoga diberikan kesempatan olehNya utuk meneruskan matlamat blog. Wasallam.




 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates