EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: November 2008

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Sabtu, November 22, 2008

Muamalat Islam: RIBA Dalam Konteks Semasa

Sabtu, November 22, 2008 0
Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmannirahim

Kali ini ana bawakan kepada pengujung untuk mendengar sedikit kuliah oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkaitan perkara RIBA

Kulliyah ini sekitar 12 minit dan ambillah sedikit masa para pengunjung sekalian agar kita mendapat ilmu darinya mudah mudahan.

Semoga kita mendapat iktibar dari kulliyah di atas. Insyaallah.

Salam.

Jumaat, November 21, 2008

Muamalat Islam: Kenali RIBA

Jumaat, November 21, 2008 0

Apa Itu Riba?

  1. Semua sarjana Islam bersetuju bahawa RIBA bermaksud adalah pertambahan, pertumbuhan, perluasan dan pembesaran. Walau bagaimanapun bukan semua pertumbuhan dan pertambahan dilarang oleh Islam.Dalam syariah RIBA secara teknikal merujuk kepada premium (lebihan, tambahan) yg mesti dibayar bersama2 dengan principal (pokok) pinjaman yg dibuat[1]

  2. Sebarang tambahan dalam barangan tertentu (Ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh.[2]

  3. Al Riba makna asalnya adalah bertambah. Bertambah dimaksud sama ada yg bertambah itu bendanya sendiri atau bertambah dengan yg lain, seperti satu dirham menjadi dua dirham[3].

    Secara mudahnya begini sebagai contoh; Apabila siPolan meminjam dgn SiPolen sebanyak RM100, tetapi SiPolen meminta SiPolan membayarnya semula sebanyak RM150. Lebihan RM50 itulah yg dinamakan pertambahan iaitu RIBA.

Jenis2 RIBA[4]

Islam membahagikan RIBA ini kepada 4 jenis. Dua jenis yg diharamkan Al Quran dan Dua jenis yg diharamkan oleh Rasullulah.

Yang diharamkan Al Quran ( Lebih Menjurus Kepada Perkara Pinjaman & Hutang)

  1. RIBA NASIAH
    Ini adalah jenis RIBA yg berpunca dari jual beli tertangguh atau berhutang.Jika penghutang gagal membayar dalam tempoh tertentu yg ditetapkan pemiutang akan mengenakan bayaran lebihan atas pertambahan masa. Ini disebut oleh para ulama sperti Ibn Abbas, Al Qurtubi dan Ibnu Qayyim.

  2. RIBA QARD
    Ini adalah sejenis RIBA yang berpunca dari pinjaman.Sebarang bayaran lebihan akibat pinjaman wang dalam tempoh tertentu.

    Yang membezakan keadaan diatas adalah RIBA NASIAH mengenakan tambahan bayaran jika terlebih masa, manakala RIBA QARD pula telah ditetapkan bayaran tambahannya sejak awal2 lagi.

Yang Diharamkan Rasullulah SAW ( Lebih Menjurus Kepada Perkara Perniagaan)

“Dari Abu Said al-Khudri ra, Rasulullah SAW bersabda : Transaksi pertukaran emas dengan emas harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelebihannya adalah riba, perak dengan perak harus sama takaran dan timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelebihannya adalah riba, gandum dengan gandum harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelabihannya adalah riba, korma dengan korma harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelebihannya adalah riba, garam dengan garam harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai) kelebihannya adalah riba. maka apabila berlainan jenisnya, maka boleh kamu menjual sekehendakmu, asalkan dengan tunai."

Hadis Riwayat Muslim[5]
  1. RIBA FADL
    Adalah pertukaran jual beli sama ada wang atau makanan dengan ada perbezaan atau lebihan sama ada secara tunai atau hutang.

    Contoh: menukar 5gram emas jenis 916 dengan 6gram emas jenis 750. Lebihan tukaran tadi adalah haram kerana kerana sepatutnya keduanya mesti 5gram.Jenis kualiti tidak memberi kesan pada hukum[6].

  2. RIBA YAD
    Adalah jual beli atau pertukaran dua jenis barang yang berlainan daripada jenis wang atau barangan dalam kedua2 kumpulan tersebut dimana pembayaran & penerimaan barangan tersebut dibuat dalam masa berlainan.


Insyaallah, semoga kita mendapat sedikit ilmu berkenaan perkara diatas.

Salam.

Sumber rujukan:

[1] RIBA Alternatifnya Dalam Sistem Bank Islam; Azlan Khalili Shamsudin;DBP 2000;MS1
[2] Wang Anda & Islam; Zaharuddin Abd Rahman;Riba & Hukumanya;Truewealth Publishing 2008;MS19
[3] RIBA Kesan & Mudaratnya Menurut Al Quran & Sunnah; Dr Said Ali Qahtani;Al Hidayah Publisher 2003
[4] Ahlak Bermuamalat; TG Nik Abdul Aziz Nik Mat & Anor; Anbakri Publika 2008;MS24
[5]
http://www.halalguide.info/content/view/689/46/
[6] Wang Anda & Islam; Zaharuddin Abd Rahman;Riba & Hukumanya;Truewealth Publishing 2008;MS21


Muamalat Islam: Satu Pandangan

Kali ini kita akan membincangkan perkara2 yg berkaitan dengan perilaku Fiqh Muamalat seperti yg dituntut oleh Islam. Pada hari ini kita juga dapat melihat bagaiman kaedah2 fiqh muamalat ini seperti tidak diendahkan oleh orang2 Islam walaupun mereka mengetahuinya secara jelas ataupun tidak. Bagaimana perkara ini terjadi?

Pertamanya, ana suka membentangkan satu hadis Nabi SAW yg bermaksud:


“ Jauhilah Tujuh Dosa Besar iaitu Syirik, Sihir, Membunuh Tanpa Hak, MAKAN RIBA, Makan Harta Anak Yatim, Lari Dari Peperangan dan Menuduh Perempuan Baik Melakukan zina (Tanpa Saksi Adil)”

RiwayatAl Bukhari & Muslim


Jelas dari hadis diatas bahawa perlakuan RIBA adalah tergolong dalam salah satu tujuh dosa besar. Tetapi apakah langkah2 Umara (pemerintah) dan masyarakat sendiri dalam mempertingkatkan dan menambah serta memberi penekanan terhadap pentingnya memahami perkara dasar tesebut.

Hari ini kita melihat di negara kita secara keseluruhannya ramai yg telah terjebak dalam kancah tersebut sehingga bertemu kepayahan untuk keluar dari permasalahan. Ana memandang perkara ini berlaku kerana kelemahan system pendidikan secara amnya dan didikan agama secara khususnya dalam membentuk akhlak masyarakat sejak di awal alam persekolahan lagi.Penekanan dalam bidang Muamalat Islam terlalu sedikit atau lemah sedangkan pengabaian terhadap perkara tersebut akan membuatkan umat Islam terjebak kedalam perkara tujuh dosa besar tadi. Seharusnya penekanan adalah perlu selari dengan perkara TAUHID, AKIDAH dan IBADAH. Mengapa perlu begitu? Ini adalah kerana umat Islam juga perlu terlibat dalam kegiatan ekonomi di muka bumi ini. Ana sandarkan pandangan ini kepada hadis Nabi SAW seperti berikut:


"Bahawa sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu datangnya dari perniagaan serta jual beli."

Riwayat Abu Hurairah


Sudah terbukti dengan hadis di atas bahawa umat Islam juga dianjurkan supaya terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti berniaga,jual beli dan sebagainya. Tetapi perkara AKHLAK MUALAMAT ini tidak diajar atau di dedahkan sebaik mungkin menyebabkan kebanyakkan mereka itu tersesat dan mendedahkan mereka kepada menzalimi diri sendiri serta orang lain berdasarkan hadis berikut:


"Adapun sebahagian daripada isi neraka Wail di akhirat kelak adalah terdiri daripada peniaga yang menipu atau mengurangi timbangan."

Riwayat Muslim


Kita sedia maklum bahawa penduduk Malaysia diwakili oleh majoriti umat Islam sekitar lebih kurang 60% dari jumlah populasi. Ini juga bermakan akan terdapat 60% transaksi ekonomi yg dilakukan oleh orang Islam. Dari sudut ini sahaja dapat di perakui bahawa adanya keperluan menyediakan kemudahan & pendidikan berkaitan Muamalat Islam secara serius dan bukan hanya sekadar ambil mudah. Ini kerana ia menjadi kewajipan kepada umara dalam memenuhi tuntutan umat dalam mendapatkan kemudahan dan ilmu ekonomi yg Islamik untuk mengelakkan isu besar dan utama iaitu permasalahan RIBA.

Hadis Nabi SAW:

“Dilaknati Rasullulah SAW pemakan Riba, pemberi Riba, saksinya dan penulisnya”

Riwayat Abu Daud;At Tarmidzi & Albani


Oleh yang demikian wajiblah kita menghadapi cabaran dalam menyedarkan masyarakat dan mengislamisasikan segala bentuk perkara ekonomi yang selama ini dimonopoli oleh system konvesional kapitalis barat yg hampir memupus sekarang kepada yg diredhai oleh Allah SWT Dan Rasullulah SAW agar memperoleh keberkatan dan rahmatNya.

Isnin, November 10, 2008

Ekonomi Islam: Bacaan Ilmu & Santai

Isnin, November 10, 2008 0
Assalamualaikum



Bukan promosi, tapi inilah antara bahan bacaan menarik & santai disamping dapat mengambil sedikit ilmu dari pengalaman2 antara orang kita hormati taraf kedudukan mereka.

Buku subprime krisis pula adalah satu kajian yg dilakukan oleh Monash University yang menyaksikan akan ambang kejatuhan Sistem Kapitalis akibat ketamakan mereka dalam menakluki ekonomi berasaskan RIBA.

Insyaallah akan ana sisipkan disiri2 ilmuan ana disini apa2 perkataan dan nasihat yg berguna untuk kita bersama mengambil iktibar dan pengajaran.

Salam.

Sabtu, November 08, 2008

Ekonomi Islam: Mencari Atau Menunggu Hidayah

Sabtu, November 08, 2008 0
Assalamualaikum;

Bismillahirahmanirrahim

Maaf kepada para pengunjung kerana telah tidak mengemaskimi blog ini buat seketika. Kesibukan dengan tugasan bersama dengan sambutan Aidilfitri benar2 menyebabkan ia tergendala seketika.

Baiklah, kita teruskan sesi ilmu kita kali ini mungkin siri terakhir sebelum kita beralih kepada sesi Ilmu mengenali institusi2 perekonomian Islam insyaallah.

Kali ana membawakan kepada para pengunjung sedikit kuliah dari Ustaz Ismail Kamus berkenaan Taufik & Hidayah. Dalam menanti agar sistem perekonomian islam dapat dijelmakan, perlulah ada usaha2 merintis & menanamkan keimanan & keyakinan yg kuat berlandaskan ajaran Islam sebenar.

Ini bukan beerti kita hanya perlu berpeluk tubuh menanti hidayah itu sampai kepada seluruh masyarakat tetapi mestilah berusaha mencari jalan mendekatkan masyarakat dengan kefahaman Islam yg lebih mendalam disamping doa agar dipermudahkan perjalannya.

Semoga kita mendapat iktibar & ilmu dari siri kuliah diatas.

Insyaallah.

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates