EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: Muamalat Islam: Satu Pandangan

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Jumaat, November 21, 2008

Muamalat Islam: Satu Pandangan

Jumaat, November 21, 2008
Kali ini kita akan membincangkan perkara2 yg berkaitan dengan perilaku Fiqh Muamalat seperti yg dituntut oleh Islam. Pada hari ini kita juga dapat melihat bagaiman kaedah2 fiqh muamalat ini seperti tidak diendahkan oleh orang2 Islam walaupun mereka mengetahuinya secara jelas ataupun tidak. Bagaimana perkara ini terjadi?

Pertamanya, ana suka membentangkan satu hadis Nabi SAW yg bermaksud:


“ Jauhilah Tujuh Dosa Besar iaitu Syirik, Sihir, Membunuh Tanpa Hak, MAKAN RIBA, Makan Harta Anak Yatim, Lari Dari Peperangan dan Menuduh Perempuan Baik Melakukan zina (Tanpa Saksi Adil)”

RiwayatAl Bukhari & Muslim


Jelas dari hadis diatas bahawa perlakuan RIBA adalah tergolong dalam salah satu tujuh dosa besar. Tetapi apakah langkah2 Umara (pemerintah) dan masyarakat sendiri dalam mempertingkatkan dan menambah serta memberi penekanan terhadap pentingnya memahami perkara dasar tesebut.

Hari ini kita melihat di negara kita secara keseluruhannya ramai yg telah terjebak dalam kancah tersebut sehingga bertemu kepayahan untuk keluar dari permasalahan. Ana memandang perkara ini berlaku kerana kelemahan system pendidikan secara amnya dan didikan agama secara khususnya dalam membentuk akhlak masyarakat sejak di awal alam persekolahan lagi.Penekanan dalam bidang Muamalat Islam terlalu sedikit atau lemah sedangkan pengabaian terhadap perkara tersebut akan membuatkan umat Islam terjebak kedalam perkara tujuh dosa besar tadi. Seharusnya penekanan adalah perlu selari dengan perkara TAUHID, AKIDAH dan IBADAH. Mengapa perlu begitu? Ini adalah kerana umat Islam juga perlu terlibat dalam kegiatan ekonomi di muka bumi ini. Ana sandarkan pandangan ini kepada hadis Nabi SAW seperti berikut:


"Bahawa sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu datangnya dari perniagaan serta jual beli."

Riwayat Abu Hurairah


Sudah terbukti dengan hadis di atas bahawa umat Islam juga dianjurkan supaya terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti berniaga,jual beli dan sebagainya. Tetapi perkara AKHLAK MUALAMAT ini tidak diajar atau di dedahkan sebaik mungkin menyebabkan kebanyakkan mereka itu tersesat dan mendedahkan mereka kepada menzalimi diri sendiri serta orang lain berdasarkan hadis berikut:


"Adapun sebahagian daripada isi neraka Wail di akhirat kelak adalah terdiri daripada peniaga yang menipu atau mengurangi timbangan."

Riwayat Muslim


Kita sedia maklum bahawa penduduk Malaysia diwakili oleh majoriti umat Islam sekitar lebih kurang 60% dari jumlah populasi. Ini juga bermakan akan terdapat 60% transaksi ekonomi yg dilakukan oleh orang Islam. Dari sudut ini sahaja dapat di perakui bahawa adanya keperluan menyediakan kemudahan & pendidikan berkaitan Muamalat Islam secara serius dan bukan hanya sekadar ambil mudah. Ini kerana ia menjadi kewajipan kepada umara dalam memenuhi tuntutan umat dalam mendapatkan kemudahan dan ilmu ekonomi yg Islamik untuk mengelakkan isu besar dan utama iaitu permasalahan RIBA.

Hadis Nabi SAW:

“Dilaknati Rasullulah SAW pemakan Riba, pemberi Riba, saksinya dan penulisnya”

Riwayat Abu Daud;At Tarmidzi & Albani


Oleh yang demikian wajiblah kita menghadapi cabaran dalam menyedarkan masyarakat dan mengislamisasikan segala bentuk perkara ekonomi yang selama ini dimonopoli oleh system konvesional kapitalis barat yg hampir memupus sekarang kepada yg diredhai oleh Allah SWT Dan Rasullulah SAW agar memperoleh keberkatan dan rahmatNya.

0 ulasan:

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates