EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: Julai 2008

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Sabtu, Julai 19, 2008

Ekonomi Islam: Prinsip & Jaminan Dalam Sistem

Sabtu, Julai 19, 2008 0
Bismilahirrahmanirrahim
Selanjutnya kita akan membincangkan secara ringkas untuk pemahaman mudah secara asas dan ringkas prinsip prinsip jaminan di dalam amalan sistem ekonomi Islam.Dalam sistem ekonomi Islam terdapat beberapa prinsip jaminan, yang antaranya:

1.Jaminan Hak Milik Peribadi

Islam memperakui pemilikan hak perseorangan dan menempatkan hak ini ditempat yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Malah Islam menetapkan bahawa harta dan milik peribadi adalah di antara lima perkara daruri yang wajib dilindungi oleh syari'atnya.Fitrah ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:

"Telah dihiasikan bagi manusia itu mencintai hawa nafsu terhadap wanita, anak pinak, kekayaan yang melimpah ruah daripada emas dan perak, kuda yang tangkas, binatang binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan kehidupan dunia."

[Surah Ali-Imran:Ayat l4]

Islam melihat bahawa manusia adalah makhluk yang memiliki dorongan dorongan dan ingin memiliki dan menyukai harta benda. Dorongan dorongan yang bersifat fitri ini jugalah yang menggerakkan manusia melakukan usaha pembangunan dan bersungguh sungguh untuk berjaya.Namun demikian perakuan Islam terhadap hak milik peribadi tidaklah bererti is membiarkan manusia bebas tanpa sebarang ikatan dan peraturan.
Untuk meletakkan perakuan terhadap hak milik peribadi di atas jalan yang sentiasa seiring dengan fitrah manusia yang balk dan bukan pula mengikut hawa nafsu yang buruk maka syari'at Islam menetapkan peraturan peraturan yang kukuh dan berkesan.

2. Jaminan Kebebasan Mencari Sumber Pendapatan

Islam memberikan kepada setiap orang hak dan kebebasan dalam menentukan corak kehidupannya. la bebas memilih kerja kerja yang ia minati asalkan tidak bertentangan dengan syari'at Islam. Dengan adanya berbagai bagai minat di dalam menentukan pekerjaan dan somber pendapatan masing masing maka timbullah kepelbagaian di dalam basil negara dan keperluan masyarakat.

Dalam Islam, pekerjaan mempunyai taraf kemuliaan yang besar yang tidak ada bandingannya dalam semua agama dan kebudayaan yang lain. Kebebasan mencari sumber pendapatan dalam Islam berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:

"Apabila telah ditunaikan salat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah"
[Surah A1-Jum'ah: Ayat 10]

"Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki Nya, dan kepadanya kamu (kembali setelah) dibangkitkan"
[Surah Al-Mulk: Ayat 15]

3. Jaminan Keadilan Sosial

Kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ruang lingkup Islam yang syumul. Oleh itu, apa sahaja yang hendak ditegakkan oleh Islam maka itu jugalah yang ditegakkan oleh mana mana bahagian daripadanya. Islam bertujuan untuk menegakkan ke'adilan, oleh itu salah satu asas utama sistem ekonomi Islam juga ialah untuk menegakkan keadilan.

Ke'adilan sosial yang hendak ditegakkan oleh sistem ekonomi Islam bersih daripada sebarang slogan kosong dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Ini adalah kerana ke'adilan dalam Islam mempunyai asasnya yang tersendiri, iaitu di atas dasar taqwa dan ma'ruf.

4. Jaminan Hak Pewarisan

Di antara prinsip yang ditetapkan oleh Islam dalam memperolehi hak milik ialah melalui hak pewarisan. Hak pewarisan berdasarkan kepada fitrah manusia, keadilan dan penghormatan terhadap kehendak dan cita cita pemilik. Setiap orang yang memiliki harta berhajat untuk menjamin hidup ahli keluarganya dan berusaha agar harta yang ada padanya tidak habis. Maka kerana itulah hak pewarisan ini adalah satu prinsip yang tinggi nilainya dalam sistem ekonomi Islam.

Malah Islam memandang bahawa hak pewarisan adalah salah satu alat yang utama bagi mencapai ke'adilan sosial di dalam masyarakat. Di atas dasar inilah undang undang pewarisan Islam menjadi sesuatu undangundang yang unik dan tidak terdapat di dalam sistem sistem yang lain.
Sumber Rujukan dan Penulisan:

Sumber Bacaan Terpilih:

  • Petunjuk Amalan Ekonomi Islam; Abd Rahman Zaki Ibrahim; DBP 1998

Khamis, Julai 17, 2008

Ekonomi Islam: Debat Ilmu Terhebat

Khamis, Julai 17, 2008 0
Sisipan video penuh 52 minit. Debat ilmu ekonomi yg boleh di ambil iktibar bagi mereka yg mahu berilmu dan lihat bagaimana ilmu itu dalam membantu kepada penjanaan hujah2 bernas dalam ruang lingkup tajuk perdebatan.


Tarikh : 15 July 2008
Tempat: DBP Kuala Lumpur
Masa : 9.00 malam
Tajuk : Hari ini Tubuh Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak
PDebat 1:
Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat PKR & PR
PDebat2 :
Datuk Ahmad Sabery Chik Menteri Penerangan Malaysia

Ahad, Julai 13, 2008

Ekonomi Islam: Forum Ilmu

Ahad, Julai 13, 2008 0
Forum Perdana Islam
12 Julai 2008 Lepas Solat Isya
Panel 1 : AlFadhil Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz Pengerusi Panel Syariah Bank Rakyat
Panel 2 : Ustaz Nazri Chik Ketua Jab. Peng Risiko & Pematuhan Syariah Bank Islam
Perkara:
Halal & Haram Bukan Pada Makanan Sahaja

Ana dijemput sahabat (sebab ana bagitau kat sahabat yg ana sekarang tengah study dan buat pemerhatian dalam perkara ekonomi & perbankan Islam;mungkin dah sampai seru) untuk hadir dengar ceramah tersebut.Lepas maghrib ana pergi.Langkah kanan, sampai je di masjid BBU sahabat jemput makan. Alhamdulillah.

Selesai makan & solat Isya berjamaah forum bermula. Ustaz AH Din mulakan ceramah diikuti Ustaz Nazri Chik sampai lebih kurang pukul 11.00 malam. Ana nak kongsi ilmu yg ana dapat semalam:
  • Banyak muslim sekarang lebih menumpukan kepada perkara pemakanan sahaja tanpa melihat kepada skop & konteks yg lebih luas seperti sumber pendapatan, perlakuan muamalat,perkara syubahat dan lain2 yg juga boleh menjadikan benda yg halal itu bertukar status menjadi haram.

  • Salah tanggapan masyarakat terhadap Sistem Perbankan Islam yg dikatakan terlalu mahal atau lebih menindas dari sistem konvensyional.

  • Bahawa dalam melaksanakan syariat Islam terutama dalam amalan Muamalat itu sendiri mendapat tentangan dan halangan dari orang Islam itu sendiri.Dinyatakan mereka ini datang dengan mengunakan ayat Quran untuk berdebat malang sesungguhya mereka itu kurang teliti kerana ayat2 yg digunakan itu merupakan ayat terdahulu sebelum ayat terakhir yg mengharamkan secara putus.

  • Bagaimana terdapat juga golongan2 ustaz2 yg terlibat dalam kegiatan muamalat yg tidak islamik padahal mereka itu menyedari.

  • Bagaimana umat islam kini lebih gemar kepada membuat pilihan yg menyebelahi mereka padahal kita perlu mengikut arahan Al quran dan amalan sunnah rasullulah.

Fakta fakta dan kesimpulan yg ana dapat & buat semalam:

  • Jumlah keseluruhan asset perbankan islam dalam negara pada sekitar 18% sahaja berbanding 82% konvensyional.Sesuatu yg pelik majoriti umat islam dalam negara sekitar 60.4% ( Jab Statistik Negara/Wikipedia). Oleh kerana kurangnya modal pusingan Islamik dalam pasaran maka terjadilah pinjaman oleh pihak bank untuk menampung pembiayaan yg melibatkan KOS DANA PEMBIAYAAN.Keadaan inilah yg menyebabkan satu keadaan di mana permintaan pembiayaan melebihi penawaran (modal dana yg ada). Apa sebab jadi begini? SEBAB ORANG ISLAM SENDIRI TAK NAK SIMPAN ATAU MELABUR DALAM AKAUN PERBANKAN ISLAM.Masyaallah. Cuba saudara terbalikkan keadan di atas tadi.Nescaya bank konvensyional di malaysia ini terpaksa mendapatkan dana luar negara untuk menampung operasi mereka kerana DANA ISLAM TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PERKARA YG MELIBATKAN RIBA. Nah tak percaya lagi bahawa hukum Allah itu memang dirangka sebegitu rupa untuk memelihara kesejateraan umat islam tapi kita memilih untuk MEMBUAT PILIHAN yg akhirnya memerangkap diri sendiri dan umat keseluruhannya.

  • Sistem ekonomi kapitalis memang telah berjaya meracuni pemikaran umat Islam sehingga berjaya menakluki perlakuan muamalat mereka yg memikirkan keuntungan duniawi sahaja walaupun dosa terlibatan Riba itu adalah SEPERTI MENGISYTIHARKAN PERANG KEPADA ALLAH & RASULLULLAH. Ini adalah ayat nyata dalam Al Quran.Nak lawan apa lagi?Jika ada saudara2 & sahabat ana yg baca perkara ini ambillah langkah sewajarnya. Niat untuk keluar dari belenggu ini mesti nak kena ada dan buatlah perlahan2.Memang susah nak keluar sekaligus.Inilah cabaran dalam perjuangan.Tak pe ni ana ulas sikit dulu.

  • Dalam memilih perbankan Islam atau Konvensyional ini adalah ibarat memilih antara dua ekor ayam. Satu Sembelih sempurna mengikut syarak dan satu lagi pakai ketuk.Ayam sembelih mahal sikit sebab pakai penyembelih terlatih dan mengikut kaedah & tetapannya dan confirm halal manakala yg diketuk amat murah tapi confirm haram. Sebagai seorang Islam yg mana satu pilihan saudara? Tepuk dada tanya selera.

  • Perbankan Islam ZALIM? Masyaallah.Sebab tarik kereta dan lelong rumah peminjam.Sebenarnya penghutang yg zalim (kerana tidak menjelaskan hutang seperti janji asal)kerana bank adalah tempat menyimpan amanah pelabur semestinya perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan semula pembiayaan yg diberikan juga adalah atas dasar amanah dan dalam bidang undang2 yg dikawal selia. Perkara menjelaskan hutang juga antara perkara2 utama yg ditekan Islam supaya disegerakan penyelesaiannya agar tidak menimpakan masalah kepada pemberi pinjaman.Ada juga kes dimana peminjam dilepaskan dari liabiliti malah diberikan zakat setelah mendapati sememangnya peminjam atau waris sudah memang ditahap dhaif atau tidak mampu untuk membuat penjelasan. Ini adalah kelebihan perbankan Islam berbanding konvensyional dimana kewujudan perasaan INSANIAH dan IHSAN yg sememangnya tiada dalam kamus konvensyional.

Selesai sesi ceramah; sesi soal jawab bermula. Atas dasar ingin tahu dan ingin keterangan lanjut ana jadi orang yg pertama bangun pegi kat mic dan tanya soalan CEPU MAS:

  • Dewasa ini kita lihat ramai orang Islam bekerja dengan institusi RIBA seolah olah seperti menjadi biasa saja;bagaimana dr segi pandangan hukum dan ADAKAH takrif DHARURAT itu boleh terpakai dalam keadaan sekarang ini?

Ini adalah jawapan AlFadhil Ustz Abu Hassan Din Al Hafiz (diringkaskan)

  • Yg haram tetap haram.Perkara perkara yg terlibat syubahat haram juga akan menjadi haram.Sebagai contoh seorang pemilik tanah menyewakan tanah kepada seorang peladang anggur yg diketahui anggurnya itu akan diproses menjadi arak.Maka pendapatan dari hasil sewa itu tadi adalah terlibat dalam perkara syubahat haram maka haramlah sewa yg diterima itu.Jadi bg perkara di institusi riba ini dari mereka yg menulis kontrak, saksi kontrak, penyedia kontrak, penetap kontrak..(etc..x berapa clear) adalah mereka dalam kategori syubahat dan pendapat mengikut hukum adalah seperti yg diberikan contoh tadi. (Ana terkedu dan tepuk dahi..Masyaallah)

Ini adalah jawapan Ustaz Nazri Chik (diringkaskan dan ketika ini para jamaah tadi yg nampak dah letih tunggu bila nak abis jadi semacam segar dan beri perhatian)

  • Adalah dinasihati supaya mereka yg terlibat dalam institusi riba supaya mencari jalan keluar yg lebih baik baginya kerana ia memang jelas dilarang keras oleh Allah.Ada pendapat ulama rujukan ( tak ingat nama) mengatakan bahawa antara dosa yg paling besar mengikut ulama tersebut adalah RIBA kerana ALLAH MENGISYTIHARKAN PERANG KEATASNYA. Megenai samada takrif dharurat terpakai atau tidak, darurat ialah keadaan yang terlalu mendesak hingga tidak memungkinkan seseorang untuk menjaga dan mempertahankan lima perkara pokok dalam syarak iaitu soal agama, nyawa, akal, keturunan (nasab) dan harta. Adakah dgn tak kerja di institusi tersebut akan menyebabkan mati? Ha seterusnya anda cari jawapan sendiri.( Ana tepuk dahi lg sekali..aduii)

  • Adalah dosa riba itu seperti berikut ; 1 dinar/dirham riba bersamaan dosa 36 kali zina dan seberat seperti berzina dengan ibu sendiri(masyaallah) dan segala sedekah zakat & kebajikan dari hasil riba tidak diterima. Jadi berusahalah cari jalan keluar sebaik mungkin..(ana dan sahabat ana tepuk dahi lg..masyallah beratnya)

Soalan ana mendapat ulasan lebih kurang 10-15 minit. Majlis tamat lebih kurang pukul 11.30mlm. Dapat salam cium tangan AlFadil Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz, peluk dan ambil gambar,memang niat bila tengok dia naik pentas ceramah (sebab tak sangka Alfadhil yg datang bagi ceramah). Lepas tu diorang jemput ana join supper same2 dgn management team diorang. Alhamdulillah semacam dipermudah dan dimurahkan rezeki jek semalam.

Dan yg menarikya semalam juga ana bermimpi bersama dengan AlFadhil Ustaz AH Din yg ceritanya biar ana simpan dalam hati.Mungkin dah sampai isyaratnya pada hamba ini.

Dan inilah pengalaman dan ilmu yg ana dapat semalam yg ana nak kongsikan bersama saudara2 & sahabat pembaca. Samada bersetuju atau tidak terpulang pada diri masing2.Pendapat mengatakan Ilmu Perlu DiCari dan Guru Harus Di Datangi.

Wasallam.

Ahad, Julai 06, 2008

Ekonomi Islam: Asas Dalam SISTEM Ekonomi

Ahad, Julai 06, 2008 0
Bismillahirrahmannirrahim

Sebelum ini telah dibincangkan tentang prinsip2 asas kepada mengerakkan Ekonomi Islam. Sekarang kita akan membincangkan pula perihal aturan asas
dalam SISTEM itu pula.

Berdasarkan firman Allah;

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (keni'matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berbuat kerusakan."

[Surah Al Qasas; Ayat 77]

Jadi asasnya dalam Sistem Ekonomi Islam antaranya ialah:

1.Allah SWT Adalah Pemilik Segala Sesuatu

Allah memberi kekayaan kepada manusia dan Dia adalah Pemilik sebenar kepada segala sesuatu.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan ni'mat Nya untukmu zahir dan batin."
[ Surah Luqman: Ayat 20]

"Kepunyaan Nya semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah."
[Surah Ta Ha: Ayat 6]

2.Kekayaan Dunia Adalah Untuk Mencari Kehidupan Akhirat

Manusia mestilah menggunakan kekayaan yang diperolehinya di dunia ini untuk mendapatkan kehidupun yang baik dan sejahtera di akhirat kelak.Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Ahli peniaga yang jujur lagi amanah adalah bersama sama para nabi, para siddiqin dan para syuhada' "

[Hadis Bukhari]

3.Bahagian Di Dunia Tidak Boleh Di Abaikan Dalam Mendapatkan Akhirat

Manusia tidak boleh mengabaikan bahagiannya di dunia ini. Manusia hendaklah bekerja sekuat kuatnya untuk mendapatkan kebaikan di dunia ini dengan cara cara yang paling 'adil dan dibenarkan oleh undang undang.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui Batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezkikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu beriman kepada Nya."

[Surah Al Ma'idah: Ayat 87-88]

"Katakanlah : "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dan pada Allah yang telah dikeluarkan Nya untuk hamba hamba Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik ?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) pada hari qiyamah. Demikianiah Kami menjelaskan ayat ayat itu bagi orang orang yang mengetahui."

[Surah Al A'raf: Ayat 32]

4.Tetap Berlaku Adil Kepada Sesama Manusia

Manusia mestilah berlaku baik terhadap sesama manusia. Hendaklah mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan membantu orang orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku 'adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada agar kamu dapat mengambil pelajaran.''

[Surah Al Nahl: Ayat 90]

"Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir miskin dan orang orang yang dalam perjalanan. Itulah yang lebih baik bagi orang orang yang mencari keredaan Allah, dan mereka itulah orang orang yang beruntung. "

[Surah Al Rum: Ayat 38]

5. Tidak Boleh Melakukan Sebarang Kerosakkan

Manusia tidak dibenarkan untuk melakukan kerosakan di maka bumi. Ia mesti mengelakkan dirinya daripada melakukan perbuatan perbuatan dosa yang termasuk di dalamnya kegiatan kegiatan mencari kekayaan yang tidak 'adil, membazirkan sumber sumber dan hasil hasil kekayaan serta melakukan penipuan dalam perniagaan.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan janganIah kamu mengikuti langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

[Surah Al An'am: Ayat 142]

"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang berlebih lebihan."

[Surah Al-A'raf: Ayat 31]

"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui."

[Surah Al Baqarah: Ayat 188]

Semoga mendapat manafaat darinya.Insyaallah.

Sumber Rujukan dan Penulisan :

Ekonomi Islam: Siri Kulliyah Ekonomi Islam

Jumaat, Julai 04, 2008

Ekonomi Islam: Syariat Yg Di Perlukan Sekarang

Jumaat, Julai 04, 2008 0
Semasa melayar ruang internet untuk mencari bahan ilmiah, terjumpa dengan satu rencana video pendek berkenaan syariat yg agak menarik perhatian. Di sisipkan dini untuk dikongsi bersama agar mendapat manafaat darinya. Insyaallah.



Kredit kepada "tedungselar" yg mengupload ke YouTube pada 22 September 2007.

Khamis, Julai 03, 2008

Ekonomi Islam: Bermula Kembara Ilmu

Khamis, Julai 03, 2008 0
Bismillahirahmanirahim

Definisi

Ekonomi Islam merupakan cabang ilmu mengkaji kegiatan manusia selari syariat dari segi MEMPEROLEH, MENGGUNA & MENGURUS sumber asli dan harta demi kebaikan bersama secara KEBENDAAN & KEROHANIAN demi mendapat KEREDHAAN Allah S.W.T.


Prinsip Asas


Islam sebagai suatu akidah dan beriman kepada akidah merupakan
faktor pertama dalam pembinaan masyarakat yakni AKIDAH kepercayaan kepada 6 Rukun Iman;

1.Kepercayaan kepada Allah
2.Kepercayaan kepada Malaikat2
3.Kepercayaan kepada Kitab2 Allah
4.Kepercayaan kepada Rasul & Para Nabi
5.Kepercayaan kepada Hari Kiamat / Akhirat
6.Kepercayaan kepada Qada & Qadar

Akidah ini melahirkan serta menetapkan beberapa ibadah yang mesti dihayati dan dilaksanakan selaras tuntutan agama. Perlaksanaan ibadah ini boleh dirujukan kepada perlaksanaan tuntutan dalam Rukun Islam iaitu;

1.Mengucap Kalimah Syahadah
2.Memunaikan Sembahyang Lima Waktu
3.Berpuasa di Bulan Ramadhan
4.Menunaikan Zakat
5.Mengerjakan Haji bagi yg Upaya

Oleh yg demikian
faktor kedua dalam pembentukan asas dan prinsip ekonomi islam adalah diteraskan kepada perlaksaan IBADAH berlandaskan akidah ; yg mana keyakinan terhadap ganjaran dosa dan pahala serta pembalasan di akhirat kelak akan meyeimbangani kerperluan duniawi.

Faktor ketiga dalam pembinaan masyarakat ialah AKHLAK INSANIAH & IHSAN. Islam sebagai agama yang sumul amat mementingkan kebenaran, kejujuran dan keikhlasan dalam semua tindak-tanduk kehidupan. Melihat hubungan yang lebih jauh daripada itu, konsep Islam telah menggariskan bahawa sifat sifat ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan perasaan, rasa atau gerak hati. Hal yang bertolak daripada makna ‘insan’ ini perlu dilihat dengan menggunakan pemikiran yang telus serta berprinsipkan kesyumulan hakikat ilmu juga iman.

Islam telah mengariskan bahawa batas kehidupan manusia perlu berlandaskan sunah rasulullah (Nabi Muhammad SAW). Sunah ini memberikan informasi tentang faktor-faktor yang mengutamakan akhlak, bertindak secara bijaksana, dan meninggalkan kemungkaran seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran dan hadis. Sementara ’insan’ dalam metod Islam ialah akal, roh dan jasad manusia yang dapat membuktikan ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, dalam mencari makna insaniah itu, kita perlu melihat kepada sifat-sifat pengabdian kepada Allah dan diikuti dengan keindahan (estetika) duniawi.

Keindahan insaniah dapat dinilai daripada aspek luaran dan dalaman. Allah berfirman yang bermaksud;

“Hai anak Adam, sesungguhnya Aku menurunkan pakaian kepada kamu untuk menutup kemaluan dan untuk perhiasan, tetapi pakaian taqwalah yang paling baik. Ini adalah sebahagian daripada keterangan keterangan Ku”

[Al Quran:Surah Al-A’raf Ayat 26]

Peringatan ini sewajarnya dihubungkaitkan dengan firman Allah yang bermaksud;

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak insaniah yang tinggi”

[Al Quran: Surah Al-Qalam Ayat 4]


Faktor keempat ialah satu kumpulan kaedah, hukum dan perundangan serta peraturan yg mengatur urusan tindakan setiap individu berkaitan hak dan kewajipan terhadap sesama mereka, masyarakat dan negara. Ini bertujuan untuk memelihara hak2 , perlaksanaan kewajipan , batas 2 kuasa dan tanggunjawab terhadap segala urusan dan permasalah dalam masyarakat. Kaedah ini biasanya dirujuk sebagai SYARIAH iaitu peraturan yg merujuk kepada panduan Al quran , Hadis dan Sunnah Rasullulah SAW dalm mengatur kehidupan.

Sisipan Video: Oleh Bro Ali dalam Bahasa Inggeris Yg telah diterjemahkan dibawah.


“Kita sepatutnya menjadi contoh disini.Mengapa kita mengenepikan Islam bila ia melibatkan urusan perniagaan?. Adakah ia kerana wang? Wang cumalah satu percubaan atau ujian. Perniagaan adalah satu perkara yg melibat interaksi/ perhubungan antara manusia dari pelbagai latar belakang dan tidak mengira apa juga agamanya. Seorang peniaga yg menonjol adalah seorang peniaga yg terpuji / jujur.

Sebagai seorang muslim kita mahu dikenali dengan menjadi seorang yg mempunyai akhlak yg terbaik, dengan menjadi seorang peniaga yg terbaik. Peribadi Nabi Muhammmad SAW begitu menyerlah terutamanya bila baginda dalam urusan perniagaan. Suka saya ingatkan bagaimana baginda menguruskan perniagaan Khadijah yg membuatkan baginda begitu menyerlah.

Islam mengajar kita supaya menjadi peniaga yg terbaik dengan berlaku adil dan jujur, dengan mengikuti Al Quran dan Sunnah dalam semua perkara termasuk perniagaan.Saya suka mengingatkan semua orang dan saya akan memikirkan satu set tentangnya supaya anda tidak memberikan wang untuk digunakan secara tidak islamik .

Sebagaimana video2 saya yg lain saya berkata2/berpesan2 kepada diri saya dahulu sebelum saya berkata2 kepada orang lain.

Saya adalah Ali yang mengingatkan anda seandainya anda terlupa.”

Nota: Bro Ali adalah seorang pendakwah bebas yg baru memeluk Islam. (
http://www.youtube.com/watch?v=uPFwxfol_j8 ).Beliau banyak memberi ceramah2 dakwah menggunakan pendekatan berseloroh, multimedia dan menarik dengan harapan agar Islam lebih mudah didekati.


Sumber Rujukan:

Selasa, Julai 01, 2008

Ekonomi Islam : Suatu Tuntutan Ilmu

Selasa, Julai 01, 2008 0
Alhamdulillah masih dapat lagi meneruskan perbincangan dalam blog ini . Sebelum meneruskan perbincangan yg lebih mendalam sukacita diselitkan sedikit sedutan ceramah dari Ustaz Sharir Long mengenai keperluan dalam menuntut ILMU ISLAM dan ADAB PERBINCANGAN oleh Mufti Johor SS Dato Hj Nooh Hj Gadut yg mana ia ada berkaitan.

Beberapa rakan2 yg telah bersoal jawab dengan saya mungkin telah terbuka sedikit hati2 mereka itu dan mula mencari2 bahan berkaitan suatu cabang ilmu ini dan ada bertanya di mana mereka boleh mendapat sumber2 sepertinya.

Insyaallah, semoga dipermudahkan Allah jika niatnya sebegitu bertujuan mendokong serta menyokong akan menyebarkan kepentingan dakwahnya kepada masyarakat.


Perdengarkan dan fahamkan pernyataan2 tersebut semoga kita mendapat manafaat darinya dalam mendalami apa jua ilmu dan pekerjaan semoga mendapat rahmat dari Allah SWT. Insyaallah.

Kredit kepada arrashidin dan ichocolat yg menguploadkan siri tersebut ke YouTube.

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates