1.Jaminan Hak Milik Peribadi
Islam memperakui pemilikan hak perseorangan dan menempatkan hak ini ditempat yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Malah Islam menetapkan bahawa harta dan milik peribadi adalah di antara lima perkara daruri yang wajib dilindungi oleh syari'atnya.Fitrah ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:
"Telah dihiasikan bagi manusia itu mencintai hawa nafsu terhadap wanita, anak pinak, kekayaan yang melimpah ruah daripada emas dan perak, kuda yang tangkas, binatang binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan kehidupan dunia."
Islam melihat bahawa manusia adalah makhluk yang memiliki dorongan dorongan dan ingin memiliki dan menyukai harta benda. Dorongan dorongan yang bersifat fitri ini jugalah yang menggerakkan manusia melakukan usaha pembangunan dan bersungguh sungguh untuk berjaya.Namun demikian perakuan Islam terhadap hak milik peribadi tidaklah bererti is membiarkan manusia bebas tanpa sebarang ikatan dan peraturan.
2. Jaminan Kebebasan Mencari Sumber Pendapatan
Islam memberikan kepada setiap orang hak dan kebebasan dalam menentukan corak kehidupannya. la bebas memilih kerja kerja yang ia minati asalkan tidak bertentangan dengan syari'at Islam. Dengan adanya berbagai bagai minat di dalam menentukan pekerjaan dan somber pendapatan masing masing maka timbullah kepelbagaian di dalam basil negara dan keperluan masyarakat.
Dalam Islam, pekerjaan mempunyai taraf kemuliaan yang besar yang tidak ada bandingannya dalam semua agama dan kebudayaan yang lain. Kebebasan mencari sumber pendapatan dalam Islam berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:
"Apabila telah ditunaikan salat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah"
"Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki Nya, dan kepadanya kamu (kembali setelah) dibangkitkan"
3. Jaminan Keadilan Sosial
Kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ruang lingkup Islam yang syumul. Oleh itu, apa sahaja yang hendak ditegakkan oleh Islam maka itu jugalah yang ditegakkan oleh mana mana bahagian daripadanya. Islam bertujuan untuk menegakkan ke'adilan, oleh itu salah satu asas utama sistem ekonomi Islam juga ialah untuk menegakkan keadilan.
Ke'adilan sosial yang hendak ditegakkan oleh sistem ekonomi Islam bersih daripada sebarang slogan kosong dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Ini adalah kerana ke'adilan dalam Islam mempunyai asasnya yang tersendiri, iaitu di atas dasar taqwa dan ma'ruf.
4. Jaminan Hak Pewarisan
Di antara prinsip yang ditetapkan oleh Islam dalam memperolehi hak milik ialah melalui hak pewarisan. Hak pewarisan berdasarkan kepada fitrah manusia, keadilan dan penghormatan terhadap kehendak dan cita cita pemilik. Setiap orang yang memiliki harta berhajat untuk menjamin hidup ahli keluarganya dan berusaha agar harta yang ada padanya tidak habis. Maka kerana itulah hak pewarisan ini adalah satu prinsip yang tinggi nilainya dalam sistem ekonomi Islam.
Malah Islam memandang bahawa hak pewarisan adalah salah satu alat yang utama bagi mencapai ke'adilan sosial di dalam masyarakat. Di atas dasar inilah undang undang pewarisan Islam menjadi sesuatu undangundang yang unik dan tidak terdapat di dalam sistem sistem yang lain.
- Panduan Bahan Bahan Tarbiyah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) @ http://www.geocities.com/farouq1965/TPSM/3i.htm#3.0
Sumber Bacaan Terpilih:
- Petunjuk Amalan Ekonomi Islam; Abd Rahman Zaki Ibrahim; DBP 1998
0 ulasan:
Catat Ulasan