EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: Ekonomi Islam: Bermula Kembara Ilmu

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Khamis, Julai 03, 2008

Ekonomi Islam: Bermula Kembara Ilmu

Khamis, Julai 03, 2008
Bismillahirahmanirahim

Definisi

Ekonomi Islam merupakan cabang ilmu mengkaji kegiatan manusia selari syariat dari segi MEMPEROLEH, MENGGUNA & MENGURUS sumber asli dan harta demi kebaikan bersama secara KEBENDAAN & KEROHANIAN demi mendapat KEREDHAAN Allah S.W.T.


Prinsip Asas


Islam sebagai suatu akidah dan beriman kepada akidah merupakan
faktor pertama dalam pembinaan masyarakat yakni AKIDAH kepercayaan kepada 6 Rukun Iman;

1.Kepercayaan kepada Allah
2.Kepercayaan kepada Malaikat2
3.Kepercayaan kepada Kitab2 Allah
4.Kepercayaan kepada Rasul & Para Nabi
5.Kepercayaan kepada Hari Kiamat / Akhirat
6.Kepercayaan kepada Qada & Qadar

Akidah ini melahirkan serta menetapkan beberapa ibadah yang mesti dihayati dan dilaksanakan selaras tuntutan agama. Perlaksanaan ibadah ini boleh dirujukan kepada perlaksanaan tuntutan dalam Rukun Islam iaitu;

1.Mengucap Kalimah Syahadah
2.Memunaikan Sembahyang Lima Waktu
3.Berpuasa di Bulan Ramadhan
4.Menunaikan Zakat
5.Mengerjakan Haji bagi yg Upaya

Oleh yg demikian
faktor kedua dalam pembentukan asas dan prinsip ekonomi islam adalah diteraskan kepada perlaksaan IBADAH berlandaskan akidah ; yg mana keyakinan terhadap ganjaran dosa dan pahala serta pembalasan di akhirat kelak akan meyeimbangani kerperluan duniawi.

Faktor ketiga dalam pembinaan masyarakat ialah AKHLAK INSANIAH & IHSAN. Islam sebagai agama yang sumul amat mementingkan kebenaran, kejujuran dan keikhlasan dalam semua tindak-tanduk kehidupan. Melihat hubungan yang lebih jauh daripada itu, konsep Islam telah menggariskan bahawa sifat sifat ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan perasaan, rasa atau gerak hati. Hal yang bertolak daripada makna ‘insan’ ini perlu dilihat dengan menggunakan pemikiran yang telus serta berprinsipkan kesyumulan hakikat ilmu juga iman.

Islam telah mengariskan bahawa batas kehidupan manusia perlu berlandaskan sunah rasulullah (Nabi Muhammad SAW). Sunah ini memberikan informasi tentang faktor-faktor yang mengutamakan akhlak, bertindak secara bijaksana, dan meninggalkan kemungkaran seperti yang diwahyukan dalam Al-Quran dan hadis. Sementara ’insan’ dalam metod Islam ialah akal, roh dan jasad manusia yang dapat membuktikan ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, dalam mencari makna insaniah itu, kita perlu melihat kepada sifat-sifat pengabdian kepada Allah dan diikuti dengan keindahan (estetika) duniawi.

Keindahan insaniah dapat dinilai daripada aspek luaran dan dalaman. Allah berfirman yang bermaksud;

“Hai anak Adam, sesungguhnya Aku menurunkan pakaian kepada kamu untuk menutup kemaluan dan untuk perhiasan, tetapi pakaian taqwalah yang paling baik. Ini adalah sebahagian daripada keterangan keterangan Ku”

[Al Quran:Surah Al-A’raf Ayat 26]

Peringatan ini sewajarnya dihubungkaitkan dengan firman Allah yang bermaksud;

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak insaniah yang tinggi”

[Al Quran: Surah Al-Qalam Ayat 4]


Faktor keempat ialah satu kumpulan kaedah, hukum dan perundangan serta peraturan yg mengatur urusan tindakan setiap individu berkaitan hak dan kewajipan terhadap sesama mereka, masyarakat dan negara. Ini bertujuan untuk memelihara hak2 , perlaksanaan kewajipan , batas 2 kuasa dan tanggunjawab terhadap segala urusan dan permasalah dalam masyarakat. Kaedah ini biasanya dirujuk sebagai SYARIAH iaitu peraturan yg merujuk kepada panduan Al quran , Hadis dan Sunnah Rasullulah SAW dalm mengatur kehidupan.

Sisipan Video: Oleh Bro Ali dalam Bahasa Inggeris Yg telah diterjemahkan dibawah.


“Kita sepatutnya menjadi contoh disini.Mengapa kita mengenepikan Islam bila ia melibatkan urusan perniagaan?. Adakah ia kerana wang? Wang cumalah satu percubaan atau ujian. Perniagaan adalah satu perkara yg melibat interaksi/ perhubungan antara manusia dari pelbagai latar belakang dan tidak mengira apa juga agamanya. Seorang peniaga yg menonjol adalah seorang peniaga yg terpuji / jujur.

Sebagai seorang muslim kita mahu dikenali dengan menjadi seorang yg mempunyai akhlak yg terbaik, dengan menjadi seorang peniaga yg terbaik. Peribadi Nabi Muhammmad SAW begitu menyerlah terutamanya bila baginda dalam urusan perniagaan. Suka saya ingatkan bagaimana baginda menguruskan perniagaan Khadijah yg membuatkan baginda begitu menyerlah.

Islam mengajar kita supaya menjadi peniaga yg terbaik dengan berlaku adil dan jujur, dengan mengikuti Al Quran dan Sunnah dalam semua perkara termasuk perniagaan.Saya suka mengingatkan semua orang dan saya akan memikirkan satu set tentangnya supaya anda tidak memberikan wang untuk digunakan secara tidak islamik .

Sebagaimana video2 saya yg lain saya berkata2/berpesan2 kepada diri saya dahulu sebelum saya berkata2 kepada orang lain.

Saya adalah Ali yang mengingatkan anda seandainya anda terlupa.”

Nota: Bro Ali adalah seorang pendakwah bebas yg baru memeluk Islam. (
http://www.youtube.com/watch?v=uPFwxfol_j8 ).Beliau banyak memberi ceramah2 dakwah menggunakan pendekatan berseloroh, multimedia dan menarik dengan harapan agar Islam lebih mudah didekati.


Sumber Rujukan:

0 ulasan:

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates