EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: Mac 2009

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Rabu, Mac 11, 2009

Muamalat Islam:Kekeliruan Antara Perniagaan & RIBA

Rabu, Mac 11, 2009 0
Bismillahirrahmanirahim

Orang Pagan Arab tidak membezakan antara riba & perniagaan malah menganggap bahawa riba adalah satu perniagaan. Segala lebihan dari pulangan yg dipinjamkan kepada si peminjam dianggap halal kerana ia adalah atas persetujuan bersama. INI ADALAH SALAH.

Al Quran telah menolak perbandingan yg tidak tepat ini dengan mengistiharkan yg perniagaan & riba adalah sebenarnya berbeza. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT ;

ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ‌ۚ ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ فَمَن جَآءَهُ ۥ مَوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُ ۥ  مَا سَلَفَ وَأَمۡرُهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ 

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. 

Surah Al Baqarah [2:275]

Mengapa Allah menghalalkan jual beli & mengharamkan RIBA. Ini kerana terdapatperbezaan asas di antara dua lebihan yg diperolehi darpda kegiatan tersebut.

  1. KEUNTUNGAN merupakan ganjaran bagi khidmat yang dilakukan.KEUNTUNGAN menggalakkan perniagaan dan perdagangan.
  2. RIBA merupakan pendapatan yg diperolehi tanpa usaha yang tiada kaitan dengan ganjaran khidmat yg diberikan.RIBA pula memusnahkan perniagaan melalui penindasan.
Antara fakta lain yg penting yg membezakan antara perniagaan & RIBA adalah seperti berikut;
  • Dalam perniagaan, keuntungan diperolehi melalui inisiatif yg kuat dan sudah pasti hasil yg diperolehi datangnya dari proses PENCIPTAAN NILAI yg jelas.
  • RIBA sebenarnya menghalang proses penciptaan nilai atau proses produktif.
Secara mudahnya, perniagaan menuntut pemodal berusaha agar mendapat keuntungan atas apa yg diniagakan manakala, RIBA itu menjadikan pemodal pasif dan mengharapkan pelaburannya akan menjana lebihan atas usaha orang lain yg ditindas.

Insyaallah semoga mendapat kefahaman dan keterangan dari tulisan diatas sebagai panduan.

Sumber rujukan:
  • Doktrin Ekonomi Islam;AFZAL-UR-RAHMAN, Jilid 3 DBP1994
  

Selasa, Mac 10, 2009

Muamalat Islam: RIBA & Keterangan Perlakuannya

Selasa, Mac 10, 2009 0
Bismillahirrahnirrahim

Assalamualaikum WBT. Seterusnya ana bawakan sedikit lagi ilmu untuk para pengunjung berkenaan dengan jenis2 RIBA dan keadaan perlakuannya.

Kuliyyah 9 minit ini oleh Ustaz Zaharudin sekali lagi dengan jelas menyatakan beberapa perlakuan yg jatuh dalam kategori Riba supaya kita semua boleh mengambil pengajaran sekaligus mengelakkan ianya dari berlaku, insyaallah.

Dalam kulliyah ini ustaz menerangkan tentang kejadian RIBA dalam dua jenis situasi perlakuan iaitu:
  1. RIBA Duyun-jenis Qard (Rujuk posting kenali RIBA)
  2. RIBA Duyun-jenis Jahilliyah (atau juga Nasiah, akibat pertambahan masa)
  3. RIBA Buyoq-jenis terlibatan dalam perihal jual beli ( Fadl & Yad)


Semoga mendapat pengajaran daripada kulliyah di atas.

Ahad, Mac 08, 2009

Muamalat Islam: Dosa Perkara RIBA

Ahad, Mac 08, 2009 0
Bismillahhirrahmanirahim

Assalamualaikum wbt kepada para rakan2, pelajar2, pengunjung dan pembaca blog ini.

Pertama kali ingin memohon maaf kerana telah hampir beberapa bulan telah tidak mengemaskini sumber2 ilmu disini kerana kekangan masa. Jadi dengan posting terbaru ini saya telah membuat beberapa kemaskini dari segi penambahbaikan blog dan seterusnya akan menambahkan beberapa sumber ilmu untuk rakan2 sekelian agar dapat dijadikan pengetahuan sebagai panduan.

Pada kali ini dibawakan sedikit ulasan oleh Ustaz Zaharuddin bekenaan Dosa Riba yg beliau ulas dan komen ketika satu sesi ceramah berkenaan pelaburan internet. Video ceramah ini adalah selama 9 minit lebih kurang dan diharapkan para pengunjung dapat meluangkan sedikit masa mendengar dan mengambil iktibar dari apa yg akan disampaikan oleh beliau.

 

Perkara isi yg diutarakan bolehlah diringkaskan seperti berikut:
  1. Dosa dirujuk kepada Al Quran Surah AlBaqarah Ayat 278-ditekan kepada tuntutan ketaqwaan yg kuat kepada Allah & Rasul
  2. Sesiapa yg kurang keimanannya & keyakinannya akan memandang sepi kepada ayat yg keras ini.
  3. Jauhilah perkara RIBA sehingga ke saki bakinya kiranya benar2 beriman.
  4. Perlanggaran perintah tersebut adalah seperti berperang dengan Allah & Rasul.
Insyaallah semoga mendapat panduan bagi kita bagi perkara diatas.

Salam.
 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates