EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: 2008

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Sabtu, November 22, 2008

Muamalat Islam: RIBA Dalam Konteks Semasa

Sabtu, November 22, 2008 0
Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmannirahim

Kali ini ana bawakan kepada pengujung untuk mendengar sedikit kuliah oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkaitan perkara RIBA

Kulliyah ini sekitar 12 minit dan ambillah sedikit masa para pengunjung sekalian agar kita mendapat ilmu darinya mudah mudahan.

Semoga kita mendapat iktibar dari kulliyah di atas. Insyaallah.

Salam.

Jumaat, November 21, 2008

Muamalat Islam: Kenali RIBA

Jumaat, November 21, 2008 0

Apa Itu Riba?

  1. Semua sarjana Islam bersetuju bahawa RIBA bermaksud adalah pertambahan, pertumbuhan, perluasan dan pembesaran. Walau bagaimanapun bukan semua pertumbuhan dan pertambahan dilarang oleh Islam.Dalam syariah RIBA secara teknikal merujuk kepada premium (lebihan, tambahan) yg mesti dibayar bersama2 dengan principal (pokok) pinjaman yg dibuat[1]

  2. Sebarang tambahan dalam barangan tertentu (Ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh.[2]

  3. Al Riba makna asalnya adalah bertambah. Bertambah dimaksud sama ada yg bertambah itu bendanya sendiri atau bertambah dengan yg lain, seperti satu dirham menjadi dua dirham[3].

    Secara mudahnya begini sebagai contoh; Apabila siPolan meminjam dgn SiPolen sebanyak RM100, tetapi SiPolen meminta SiPolan membayarnya semula sebanyak RM150. Lebihan RM50 itulah yg dinamakan pertambahan iaitu RIBA.

Jenis2 RIBA[4]

Islam membahagikan RIBA ini kepada 4 jenis. Dua jenis yg diharamkan Al Quran dan Dua jenis yg diharamkan oleh Rasullulah.

Yang diharamkan Al Quran ( Lebih Menjurus Kepada Perkara Pinjaman & Hutang)

  1. RIBA NASIAH
    Ini adalah jenis RIBA yg berpunca dari jual beli tertangguh atau berhutang.Jika penghutang gagal membayar dalam tempoh tertentu yg ditetapkan pemiutang akan mengenakan bayaran lebihan atas pertambahan masa. Ini disebut oleh para ulama sperti Ibn Abbas, Al Qurtubi dan Ibnu Qayyim.

  2. RIBA QARD
    Ini adalah sejenis RIBA yang berpunca dari pinjaman.Sebarang bayaran lebihan akibat pinjaman wang dalam tempoh tertentu.

    Yang membezakan keadaan diatas adalah RIBA NASIAH mengenakan tambahan bayaran jika terlebih masa, manakala RIBA QARD pula telah ditetapkan bayaran tambahannya sejak awal2 lagi.

Yang Diharamkan Rasullulah SAW ( Lebih Menjurus Kepada Perkara Perniagaan)

“Dari Abu Said al-Khudri ra, Rasulullah SAW bersabda : Transaksi pertukaran emas dengan emas harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelebihannya adalah riba, perak dengan perak harus sama takaran dan timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelebihannya adalah riba, gandum dengan gandum harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelabihannya adalah riba, korma dengan korma harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai), kelebihannya adalah riba, garam dengan garam harus sama takaran, timbangan dan tangan ke tangan (tunai) kelebihannya adalah riba. maka apabila berlainan jenisnya, maka boleh kamu menjual sekehendakmu, asalkan dengan tunai."

Hadis Riwayat Muslim[5]
  1. RIBA FADL
    Adalah pertukaran jual beli sama ada wang atau makanan dengan ada perbezaan atau lebihan sama ada secara tunai atau hutang.

    Contoh: menukar 5gram emas jenis 916 dengan 6gram emas jenis 750. Lebihan tukaran tadi adalah haram kerana kerana sepatutnya keduanya mesti 5gram.Jenis kualiti tidak memberi kesan pada hukum[6].

  2. RIBA YAD
    Adalah jual beli atau pertukaran dua jenis barang yang berlainan daripada jenis wang atau barangan dalam kedua2 kumpulan tersebut dimana pembayaran & penerimaan barangan tersebut dibuat dalam masa berlainan.


Insyaallah, semoga kita mendapat sedikit ilmu berkenaan perkara diatas.

Salam.

Sumber rujukan:

[1] RIBA Alternatifnya Dalam Sistem Bank Islam; Azlan Khalili Shamsudin;DBP 2000;MS1
[2] Wang Anda & Islam; Zaharuddin Abd Rahman;Riba & Hukumanya;Truewealth Publishing 2008;MS19
[3] RIBA Kesan & Mudaratnya Menurut Al Quran & Sunnah; Dr Said Ali Qahtani;Al Hidayah Publisher 2003
[4] Ahlak Bermuamalat; TG Nik Abdul Aziz Nik Mat & Anor; Anbakri Publika 2008;MS24
[5]
http://www.halalguide.info/content/view/689/46/
[6] Wang Anda & Islam; Zaharuddin Abd Rahman;Riba & Hukumanya;Truewealth Publishing 2008;MS21


Muamalat Islam: Satu Pandangan

Kali ini kita akan membincangkan perkara2 yg berkaitan dengan perilaku Fiqh Muamalat seperti yg dituntut oleh Islam. Pada hari ini kita juga dapat melihat bagaiman kaedah2 fiqh muamalat ini seperti tidak diendahkan oleh orang2 Islam walaupun mereka mengetahuinya secara jelas ataupun tidak. Bagaimana perkara ini terjadi?

Pertamanya, ana suka membentangkan satu hadis Nabi SAW yg bermaksud:


“ Jauhilah Tujuh Dosa Besar iaitu Syirik, Sihir, Membunuh Tanpa Hak, MAKAN RIBA, Makan Harta Anak Yatim, Lari Dari Peperangan dan Menuduh Perempuan Baik Melakukan zina (Tanpa Saksi Adil)”

RiwayatAl Bukhari & Muslim


Jelas dari hadis diatas bahawa perlakuan RIBA adalah tergolong dalam salah satu tujuh dosa besar. Tetapi apakah langkah2 Umara (pemerintah) dan masyarakat sendiri dalam mempertingkatkan dan menambah serta memberi penekanan terhadap pentingnya memahami perkara dasar tesebut.

Hari ini kita melihat di negara kita secara keseluruhannya ramai yg telah terjebak dalam kancah tersebut sehingga bertemu kepayahan untuk keluar dari permasalahan. Ana memandang perkara ini berlaku kerana kelemahan system pendidikan secara amnya dan didikan agama secara khususnya dalam membentuk akhlak masyarakat sejak di awal alam persekolahan lagi.Penekanan dalam bidang Muamalat Islam terlalu sedikit atau lemah sedangkan pengabaian terhadap perkara tersebut akan membuatkan umat Islam terjebak kedalam perkara tujuh dosa besar tadi. Seharusnya penekanan adalah perlu selari dengan perkara TAUHID, AKIDAH dan IBADAH. Mengapa perlu begitu? Ini adalah kerana umat Islam juga perlu terlibat dalam kegiatan ekonomi di muka bumi ini. Ana sandarkan pandangan ini kepada hadis Nabi SAW seperti berikut:


"Bahawa sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu datangnya dari perniagaan serta jual beli."

Riwayat Abu Hurairah


Sudah terbukti dengan hadis di atas bahawa umat Islam juga dianjurkan supaya terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti berniaga,jual beli dan sebagainya. Tetapi perkara AKHLAK MUALAMAT ini tidak diajar atau di dedahkan sebaik mungkin menyebabkan kebanyakkan mereka itu tersesat dan mendedahkan mereka kepada menzalimi diri sendiri serta orang lain berdasarkan hadis berikut:


"Adapun sebahagian daripada isi neraka Wail di akhirat kelak adalah terdiri daripada peniaga yang menipu atau mengurangi timbangan."

Riwayat Muslim


Kita sedia maklum bahawa penduduk Malaysia diwakili oleh majoriti umat Islam sekitar lebih kurang 60% dari jumlah populasi. Ini juga bermakan akan terdapat 60% transaksi ekonomi yg dilakukan oleh orang Islam. Dari sudut ini sahaja dapat di perakui bahawa adanya keperluan menyediakan kemudahan & pendidikan berkaitan Muamalat Islam secara serius dan bukan hanya sekadar ambil mudah. Ini kerana ia menjadi kewajipan kepada umara dalam memenuhi tuntutan umat dalam mendapatkan kemudahan dan ilmu ekonomi yg Islamik untuk mengelakkan isu besar dan utama iaitu permasalahan RIBA.

Hadis Nabi SAW:

“Dilaknati Rasullulah SAW pemakan Riba, pemberi Riba, saksinya dan penulisnya”

Riwayat Abu Daud;At Tarmidzi & Albani


Oleh yang demikian wajiblah kita menghadapi cabaran dalam menyedarkan masyarakat dan mengislamisasikan segala bentuk perkara ekonomi yang selama ini dimonopoli oleh system konvesional kapitalis barat yg hampir memupus sekarang kepada yg diredhai oleh Allah SWT Dan Rasullulah SAW agar memperoleh keberkatan dan rahmatNya.

Isnin, November 10, 2008

Ekonomi Islam: Bacaan Ilmu & Santai

Isnin, November 10, 2008 0
Assalamualaikum



Bukan promosi, tapi inilah antara bahan bacaan menarik & santai disamping dapat mengambil sedikit ilmu dari pengalaman2 antara orang kita hormati taraf kedudukan mereka.

Buku subprime krisis pula adalah satu kajian yg dilakukan oleh Monash University yang menyaksikan akan ambang kejatuhan Sistem Kapitalis akibat ketamakan mereka dalam menakluki ekonomi berasaskan RIBA.

Insyaallah akan ana sisipkan disiri2 ilmuan ana disini apa2 perkataan dan nasihat yg berguna untuk kita bersama mengambil iktibar dan pengajaran.

Salam.

Sabtu, November 08, 2008

Ekonomi Islam: Mencari Atau Menunggu Hidayah

Sabtu, November 08, 2008 0
Assalamualaikum;

Bismillahirahmanirrahim

Maaf kepada para pengunjung kerana telah tidak mengemaskimi blog ini buat seketika. Kesibukan dengan tugasan bersama dengan sambutan Aidilfitri benar2 menyebabkan ia tergendala seketika.

Baiklah, kita teruskan sesi ilmu kita kali ini mungkin siri terakhir sebelum kita beralih kepada sesi Ilmu mengenali institusi2 perekonomian Islam insyaallah.

Kali ana membawakan kepada para pengunjung sedikit kuliah dari Ustaz Ismail Kamus berkenaan Taufik & Hidayah. Dalam menanti agar sistem perekonomian islam dapat dijelmakan, perlulah ada usaha2 merintis & menanamkan keimanan & keyakinan yg kuat berlandaskan ajaran Islam sebenar.

Ini bukan beerti kita hanya perlu berpeluk tubuh menanti hidayah itu sampai kepada seluruh masyarakat tetapi mestilah berusaha mencari jalan mendekatkan masyarakat dengan kefahaman Islam yg lebih mendalam disamping doa agar dipermudahkan perjalannya.

Semoga kita mendapat iktibar & ilmu dari siri kuliah diatas.

Insyaallah.

Isnin, September 15, 2008

Ekonomi Islam: Mengapa Kaedah Islam?

Isnin, September 15, 2008 0
Assalamualaikum

Bismillahirrahmannirrahim

Kita teruskan lagi pengisian kita selanjutnya dengan memahami mengapa kaedah pengurusan dan pentadbiran di dunia ini ( tidak tertakluk kepada permasalahan ekonomi sahaja) perlu merujuk kepada peraturan2 Al Quran dan sunnah2 Rasullulah SAW.

Ini adalah kerana Islam sebagai agama yg diturunkan oleh Allah SWT melalui rasullulah itu telah cukup lengkap panduannya dalam mengatur dan mengurus permasalahan umat manusia kerana yg demikian itu Allah lebih Maha Mengetahui apa jua kejadian & kelakuan makhluknya sehingga hari kiamat. Sesungguhnya kasih Allah kepada Rasullah sebagai rasul terakhir telah mezahirkan nikmat & rahmatnya kepada seluruh makhluk bagi mereka yg mahu bersyukur.

Dalil firman Allah:

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ فِى مَخۡمَصَةٍ غَيۡرَ مُتَجَانِفٍ۬ لِّإٍِ۬ثۡمٍ۬‌ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

"...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Surah Al Maidah [5: sebahagian akhir ayat 3]


Demikian penjelasannya bagi kita yg mahu mengambil pengajaran dan ilmu. Insyaallah semoga terbuka hati & semakin jelas akan kita berkenaan perlunya kita mendukung syiar Islam dalam menguruskan kehidupan.

Salam.

Sumber rujukan:

Ahad, September 14, 2008

Ekonomi Islam: Kaedah Yg Di Amanahkan

Ahad, September 14, 2008 0
Assalamualaikum

Bismillahirahmannirrahim

Sesungguhnya sistem2 atau kaedah2 perekonomian secara Islamik merupakan perkara yg diamanahkan kepada kita untuk dilaksanakan. Perkara ini seharusnya menjadi suatu tanggungjawab kepada para pendakwah dan ilmuan islam dalam memperjelaskan kepada masyarakat agar mereka mendapat keterangan dan penjelasan yg nyata agar tidak tidak timbul sebarang prasangka atau keraguan kepada mereka terhadap apa yg terkandung di dalamnya untuk diterima pakai seperti juga kaedah2 konvensyional yg lain itu.

Kegagalan atau kelalaian para pendakwah dan ilmuan dalam melaksanakan amanah melalui pendidikan dan perlaksanaan menyebabkan masyarakat akan mengabaikan atau terhindar dari kefahaman terhadap syariat yg dituntut ini. Dan sesungguhnya bagi mereka yg telah dikurniakan ilmu, kuasa dan kebijaksanaan oleh Allah SWT akan ditanya akan perkara ini dan sumbangan yg telah telah dilakukan atas amanah yg telah diturunkan. Oleh yg demikian sekiranya kita adalah seorang yg bijak pandai, orang yg diberi kuasa atau seorang pemimpin hari ini, sesungguhnya anugerah itu datang bersama satu amanah keatasnya untuk dipertanggungjawabkan.

Dalil firman Allah SWT:


إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرً۬ا

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat "

Surah An Nisa [4:58]



Oleh yg demikian bertanyalah kita kepada diri kita sendiri apakah sumbangan kita dalam mensyukuri nikmat yg dianugerahkan pada kita hari ini.

Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar dari kuliyyah diatas.

Salam.

Jumaat, September 12, 2008

Ekonomi Islam: Agama Bangsa Atau Kuasa

Jumaat, September 12, 2008 0
Assalamualaikum

Bismillahirrahmannirrahim

Ana sisipkan disini satu sesi diskusi oleh tokoh2 politik dan akedemik negara dalam satu program televisyen negara berikutan situasi politik negara yg tidak menentu sekarang.

Nama Program: HUJAH
Stesen TV : TV9
Panel 1 : Sdr Ezam Md Nor
Panel 2 : Prof Dr Muhd Mustafa Ishak UUM
Moderator : Dr Muhd Agus Yusof
Tempoh : 29 Minit



Bagi yang terlepas tengok boleh la tonton di sini.

Sebarang penilaian terpulang pada kebijaksanaan anda.

Salam.

Rabu, September 10, 2008

Ekonomi Islam: Pandulah Dengan Al Quran

Rabu, September 10, 2008 3
Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmannirrahim

WAJIB DENGAR BAH.2!

Ana teruskan kuliyyah ringkas Ustz Sharil Long ini sambungan dari kuliyyah sebelum ini , dengan kali ini ditekankan mengenai APA TUJUAN AL QURAN DITURUNKAN. Para pembaca sekelian luangkanlah sedikit masa (2 min jek) untuk mengambil ilmu darinya Insyaallah.

Sesungguhnya kalam Allah ini memang telah lengkap kerana ia bukan ciptaan manusia yg penuh dengan kekurangan atas sifat2 semulajadinya, akan tetapi masih ada antara kita yg mahu mempersoalkan akan penguatkuasaannya atas sifat keperimanusiaan dan kesesuaian zaman. SIAPA KITA UNTUK MEMPERTIKAIKANNYA? Kita sendiri penuh dengan kelemahan apakah HAK kita untuk mempertikaikan hak MAHA PENCIPTA KITA yg tentunya TERAMAT SEMPURNA.

Dalil Firman Allah:

إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا


"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat"

Surah An Nisa [4:105]


Oleh yg demikian saudara pembaca sekelian moga dapatlah hendaknya kita mengambil iktibar dari kuliyyah ini agar dapat memelihara iman & aqidah keislaman kita dengan lebih baik.

Sesungguhnya diam itu lebih baik dari kita berkata2 tentang perkara yg kita tidak mengetahui akan ilmunya. Kita carilah ilmu itu agar menjadi panduan sebagai cahaya menyuluh kesamaran dalam beriman beramal dan bertakwa.

Salam.

Selasa, September 09, 2008

Ekonomi Islam: Hanya Islam Methodologinya

Selasa, September 09, 2008 0
Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim

WAJIB DENGARKAN NASIHAT INI!

Sesungguhnya peringatan yg ana akan bawakan melalui kuliyyah agama kali ini agak serius dan wajiblah dipertimbangkan oleh saudara tuan puan sahabat pembaca sekalian.

Nasihat berkisar kepada perkara ILMU,AQIDAH dan KEYAKINAN yg kita amalkan seharian yg mana mungkin oleh kerana tiada berpengetahuan telah menyebabkan kita "mempersendakan" aqidah yg akan menyebabkan amalan kita tertolak sama sekali.

Sesungguhnya dengan kepesatan & kemajuan Ilmu masakini sama sekali tidak akan boleh menandingi aturan Allah melalui kalamnya, kerana Allah telah menyempurnakan dan meredhakan akan Islam itu sebagai agama umat melalui rasulnya yg terakhir iaitu Rasullulah S.W.T.

Tafsiran yg dibawakan melalui dalil firman Allah:

وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰٓ أَحَدٍ۬ مِّنۡہُم مَّاتَ أَبَدً۬ا وَلَا تَقُمۡ عَلَىٰ قَبۡرِهِۦۤ‌ۖ إِنَّہُمۡ كَفَرُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَمَاتُواْ وَهُمۡ فَـٰسِقُونَ

"Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)"

Surah At Taubah [9:84]

Dan lagi:

وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَتَعۡسً۬ا لَّهُمۡ وَأَضَلَّ أَعۡمَـٰلَهُمۡ (٨) ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَـٰلَهُمۡ (٩)

"Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. (8) Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. (9)

Surah Muhammad [47:8&9]


Ayat ini (At Taubah:9:84) diturunkan merujuk kepada sejarah apabila Rasulullah ingin menyempurnakan sembahyang jenazah Abdullah bin Ubai di Madinah ( dikenali sebagai gologan munafiqun-tidak yakin dgn Islam walaupun beramalan Islam sempurna).



Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk saling mengingati antara satu sama lain supaya sentiasa berada dalam keyakinan tinggi terhadap Islam yg syumul ini. Insyaallah.

Renung2kan dan sampaikan kepada saudara2 kita yg lain.

Salam.

Sumber rujukan:

Ahad, September 07, 2008

Ekonomi Islam: Peringatan Buat Ilmuan Islam

Ahad, September 07, 2008 0
Assalamualaikum

Bismillahirahmannirrahim

MESTI DENGARKAN!

Seterusnya untuk kuliyyah ekonomi kita ini, ana menyisipkan sedikit klip kuliyyah Ustaz Sharil Long (3 min) berkenaan kewajipan dan tanggungjawab para cendiakawan & Ilmuan Islam dalam menunjukkan ummah ke arah jalan yg benar seperti yang diperintahkan Allah melalui kalamnya dan rasulnya. Sesungguhnya amat keras peringatan itu diturunkan:

Firman Allah:

وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَـٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُ ۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكۡتُمُونَهُ ۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمۡ وَٱشۡتَرَوۡاْ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۖ فَبِئۡسَ مَا يَشۡتَرُونَ

"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu"

Surah Al-E-Imran [3:187]

Semoga Ilmuan & Cendiakawan Islam di luar sana tidak memandang remeh perkara ini setelah ilmu & kedudukan dikurniakan kepada mereka di dunia.

Salam.

Sumber Rujukan:

Sabtu, September 06, 2008

Ekonomi Islam: Islam Itu Adil !

Sabtu, September 06, 2008 0
Assalamualaikum

Bismillahirahmannirrahim

Untuk meneruskan lagi siri kuliyyah ekonomi islam ini, ana sisipkan sedikit lagi kuliyyah agama oleh Ustaz Ismail Kamus untuk renungan tuan/puan.

Sesungguhnya Islam itu Syumul dan Adil untuk semua. Atas paksi keadilanlah ia menjadi penaung dan penyelamat kepada semua umat manusia. Segala peraturan dan ajaran yg diturunkan telah dijanjikan tidak akan termampu oleh manusia untuk mengubahnya walau sepotong ayat sehingga akhir zaman menunggu kiamat.

Oleh itu peranan pemimpin dalam mendaulahkan perlakuan Islamik dalam segala urusan kehidupan amat penting dan haruslah menjadi perkara pokok dalam mentadbir urusan seharian kerana ia akan dipertanggunjawabkan di hari perbicaraan kelak.

Dan ketika itu MAMPUKAH KITA MEMBERI ALASAN KEPADA YG MAHA PENCIPTA? Renung renungkan.




Salam.

Ekonomi Islam: Pimpinan Umar Abd Aziz

Assalamualaikum

Bismillahirrahmannirrahim

Sementara menunggu waktu berbuka ni yeop, ana sisipkan sedikit al kisah tentang kepimpinan Khalifah Umar Abd Aziz. Beliau adalah antara Khalifah Islam yg amat dikagumi kerana kebijaksanaannya dan keprihatinannya dalam permasalahan rakyat & negara.

Umar dilahirkan pada tahun 682. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Umar ialah cicit kepada Khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.

Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya :Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya.

Saksikan kuliyyah oleh Ustaz Ismail Kamus tentang perihal perasan Khalifah Umar ketika menjadi PEMIMPIN. (lebih kurang 2 min jek)


"Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya."-Khalifah Umar Abd Aziz

Semoga kita mengambil iktibar & pengajaran.

Salam.

Sumber rujukan:

Jumaat, September 05, 2008

Ekonomi Islam: Letakkan Ia Di Tempatnya

Jumaat, September 05, 2008 0
Assalamualaikum

Bismillahirahmannirrahim

Sesungguhnya setiap arahan atau perintah yg diturunkan oleh Allah melalui para rasulnya perlu diletakkan ditempatnya. Kepentingan mematuhi perintah ini adalah melangkaui segala bentuk kepentingan peribadi kerana ianya memang diadakan agar umat manusia tidak menzalimi diri mereka sendiri apabila sampai pada hari perbicaraan kelak di alam akhirat.

Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia tetapi kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri.

Ana sisipkan sedikit kulliyah oleh Ustaz Ismail Kamus berkenaan perkara tersebut supaya kita mengambil pengajaran dan iktibar.

Salam.

Ekonomi Islam: Hijrah Dakwah & Strategi

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Berbicara tentang hijrah daripada yg tak baik kepada yang lebih baik itu sememangnya menuntut satu iltizam yg begitu kuat. Keyakinan diri dalam mengikuti arahan, amalan dan sunnah2 rasullulah sememangnya akan menerbitkan satu cabaran yg hebat dalam diri selain perspektif masyarakat terhadap perubahan dalam tuan punya diri.

Dalam memperjuangkan dakwah sebagaimana cabaran yg dihadapi oleh Rasullulah dalam mengembangkan dakwah Islamiah seperti di baling batu, dihina dan lain2 merupakan satu keadaan yg pasti dan perlu ditempuhi ( kerana sesungguhnya kekasih Allah ,Rasullullah SWT juga terpaksa menempuh perkara sama apatah lagi kita yg kerdil) dan yg akan memberi kelebihan dalam mempermudahkan dakwah itu adalah sifat berfikir, berilmu bersabar, yakin dan berserah kepadaNya juga.

Ana selitkan sedikit klip ungkapan ustaz Akhil Hayy dalam ceramah beliau mengenai perkara tersebut.

Semoga kita dapat mengambil iktibar & pengajaran.

Salam.

Sumber Video:

Rabu, September 03, 2008

Ekonomi Islam: Rasuah Menurut Islam

Rabu, September 03, 2008 0
Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Perkembangan berkenaan kegiatan rasuah dalam negara sekarang amat ketara. Di sana sini kita terdengar akan bantahan2 dan penangkapan penangkapan para ketua2 dan pemimpin yg bersangkut dengan perlakuan rasuah. Sesunguhnya perbuatan ini jika tidak dikekang dengan bersungguh2 boleh mendatangkan kehancuran dalam masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

Disisipkan disini pandangan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nikmat (TGNA) berkenaan pandangan beliau terhadap perlakuan ini untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran dari orang berilmu.


Sedikit penulisan berkenaan rasuah yg ana petik dari bloggers. Sedikit pembetulan ana lakukan iaitu ayat ke 188 Surah Al Baqarah dengan ayat quran ( asal dirujuk sebagai ayat 177 Al Baqarah;tiada ayat quran) dan rujukan hadis (asal tiada ditulis rujukan).

Rasuah atau makan suap ialah suatu perbuatan yang biasanya beredar di kalangan pejabat-pejabat yang mempunyai kuasa. Dengan kekuasaan tersebut, maka apa-apa yang dihajatkan oleh si penyuap/penyogok dapat dihasilkan dengan memberi suatu pemberian yang menggembirakan hati pegawai tersebut samada berupa wang, benda-benda berharga, barang perhiasan mahupun berupa makanan.

Oleh itu rasuah berlaku diantara kedua-dua pihak yang memberi dan yang menerima pemberian itu untuk mendapatkan sesuatu hajat.Perbuatan rasuah amat dilarang keras oleh Syariat Islam, dihitung sebagai suatu Dosa Besar.

Firman Allah di dalam
Surah Al-Baqarah Ayat 188

وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُڪَّامِ لِتَأۡڪُلُواْ فَرِيقً۬ا مِّنۡ أَمۡوَٲلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.

Daripada Abu Hurairah R.A. Sabda Nabi S.A.W

“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”

Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.

Orang-orang bijak pandai pada zaman ini menganggap “Rasuah” itu adalah satu cabang dari korupsi yang sasarannya sama-sama merugikan masyarakat, bangsa dan negara.

Maka kita sebagai umat Islam haruslah menjauhi diri kita dari perbuatan terkutuk ini kerana siksaan di Akhirat amatlah pedih bagi orang-orang yang terlibat dengan Rasuah.

Semoga mendapat pengajaran.

Salam.

Sumber Penulisan & Rujukan

Ekonomi Islam: Urusan Halal & Haram

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah ana ade sedikit slot dari kulliyah agama Ustaz Sharil Long berkenaan perkara urusan HALAL & HARAM. Harap pembaca dapat mendengar sedikit penjelasan beliau berkenaanya. Klip lebih kurang 3 minit.

Terima kasih utk saudara/i Soul86Z yg mengupload ke YouTube.Semoga mendapat manafaat darinya.

Salam.

Ekonomi Islam: Etika & Adab Dalam Islam

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirahim

Sedikit bahan ilmu untuk pembaca sekalian yang ana petik sedikit dari bahan bacaan ana untuk dikongsi bersama supaya mendapat kita sedikit ilmu darinya.

Perniagaan atau kegiatan ekonomi adalah merupakan satu usaha murni dalam memenuhi keperluan kehidupan individu & masyarakat terutamanya dalam masyarakat Islam.Oleh itu Islam menggalakkan dan mengharuskan umatnya berniaga mengikut hukum Islam.

Dengan perniagaan tersebut umat Islam tidak perlu lagi bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan bahan2 keperluan tetapi sebaliknya.Keharusan dan galakkan ini beerti orang2 Islam hendaklah:

1.Berusaha bersungguh2 membangunkan perniagaan sendiri
2.Berdikari & mampu bersaing dalam pasaran
3.Mengutamakan produktiviti
4.Bebas dari perhambaan ekonomi & membela maruah-contoh hutang;bergantungan untuk bekalan tertentu
5.Mempengaruhi pelanggan secara sihat & bermoral-tidak menipu,elak unsur2 tidak sihat
6.Melakukan pengagihan secara adil dan bertanggungjawab
7.Menguruskan perniagaan dengan cekap & berkesan.

Perniagaan dalam Islam adalah sebahagian daripada kegiatan sosio ekonomi dengan matlamat untuk mendatangkan kesejahteraan dan kebahagian serta untuk mencari keredhaan Allah.Untuk itu perniagaan dalam Islam dikawal oleh satu sistem dan peraturan atau tatacara yg kenali sebagai "Muamalat"

Etika & Adab Perniagan / Muamalat Dalam Islam
1. Peniaga/Pengusaha: Beriman,Bertakwa,Ada Ilmu & Kemahiran, Amanah & Dedikasi.
2. Bahan Perniagaan: mestilah baik, halal dan berkualiti dan mendatangkan manafaat.
3. Mentadbir perniagaan: Adil, jujur selaras syariat Islam.
4. Sumber Kewangan: HALAL & BEBAS RIBA.
5. Tujuan Pernigaan: untuk mendapat keuntungan, kepuasan pelanggan dan tingkatkan modal.
6. Matlamat Perniagaan: membina masyarakat bahagia dan diredhai Allah.

Dalil firman Allah:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَڪُم بِٱلۡبَـٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَـٰرَةً عَن تَرَاضٍ۬ مِّنكُمۡ‌ۚ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمً۬ا

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu"

Surah An Nisa [4:29]


Dalil firman Allah:

وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ
Maksudnya:

"Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba"

Surah Al Baqarah [2:275]


Rasanya setakat ini dulu untuk hari ini. Semoga mendapat manafaat darinya.
Salam.

Sumber rujukan & penulisan:

  • Abdul Rahman Rukaimi & Anor:Siri Teras Ulum Islamiah: MUAMALAT:Synergymate:2001

Isnin, September 01, 2008

Ekonomi Islam: Salam Ramadhan Al Mubarak

Isnin, September 01, 2008 0
Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirahim

Lama ana tak update sebab agak sibuk..hanya sempat update widget2 jek. Minggu lepas jadual full..balik kampung sahabat kahwin balik2 terus ke Kuala Lumpur untuk kursus Kewangan Islam Dari Perspektif Undang2.

Balik2 jek dah terus kena buat persiapan untuk menyambut kedatangan penghulu segala bulan Ramadhan Mubarak yg mulia ini.

Ni nyambil2 kejap buat wish kat semua pembaca blog nie. Semoga bertambah kukuh dan kuat iman dan amal kita dalam melaksanakan suruhan Allah ketika diberi kesempatan bernyawa di dunia yg fana ini. Semalam terawih yg pertama kat masjid tempat ana jemaah agak pact. Ketika sesi tazkirah di beritahu tengang segala kebaikan bulan ini. Antaranya:

1. 10 hari pertama penuh dengan KeRAHMATAN
2. 10 hari kedua penuh dengan KeAMPUNAN
3. 10 hari Terakhir KeLEPASAN DARI AZAB
4. Dimakbulkan Doa-doa
5. Ganjaran pahala yg berlipat GANDA
6. Peluang bertemu LAILATUL QADAR
7. Pemulihan Kesihatan Tubuh Badan & Rohani

Insyaallah ana sedang mengumpul beberapa kemaskini untuk tatapan pembaca dan akan update ilmu2 tersebut secepat mungkin.

Salam.

Jumaat, Ogos 22, 2008

Ekonomi Islam: Mencari Jalan Yang Lurus

Jumaat, Ogos 22, 2008 1
Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim

Sesungguhnya dalam mencari penyelesaian dalam melaksanakan perekonomian secara islamik masa kini menghadapi pelbagai rintangan dan halangan yg hebat terutamanya dari seteru2 Islam. Justeru itu, hanya berbekalkan rasa keimanan dan keinsafan yg tinggi sahaja yg memungkinkan ( sesungguhya yakinlah Allah sentiasa membantu kepda umatnya yg memilih untuk mengikutinya dan rasul ) untuk umat melakukan perubahan dari kekangan2 yang sedia ada.

Tidak cukup dengan hanya iman dan keinsafan, Ilmu dan amalan serta Istiqamah yg tinggi harus di perbaiki agar perlaksanaanya tidak menjadi seperti bidalan melayu "Ibarat Tikus Membaiki Labu".

Para cendiakawan,Ilmuan dan Ulama dengan perlunya sokongan yg kuat dari pemimpin harus mepertingkatkan dakwah kefahaman kepada segenap lapisan masyarakat muslimin dan bukan muslim agar jurang kurangnya pemahaman ini menjadi semakin kecil kerana sesungguhnya Islam itu Adil untuk semua umat. Insyaallah.

Ana sertakan sedikit klip kulliyah agama oleh Ustaz Sharir Long untuk dikongsi bersama manafaatnya.

Semoga mendapat iktibar dari apa yg disampaikan.

Salam.

Khamis, Ogos 21, 2008

Ekonomi Islam: Amal Maaruf Nahi Mungkar

Khamis, Ogos 21, 2008 1
Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah masih ade kesempatan utk update sikit lagi.
Ayat Amal Maaruf Nahi Mungkar menjadi popular selepas dibahaskan CM Lim Guan Eng semalam.

Inilah konsep yg ditekankan oleh Rasullulah dalam melindungi manusia dari kesesatan dan penyimpangan dari ajaran Islam sebenar dan menegakkan keadilan Allah menurut AlQuran.

Apa itu Amal Maaruf Nahi Mungkar? Luangkan sedikit masa (2 min sj) insyaallah & Ikuti klip penjelasan mengenai konsep ini dan penerapannya dalam masyarakat selari dalam membangunkan negara. oleh Dato Ustaz Ismail Kamus.


Semoga kita mendapat iktibar dan ilmu pengajaran dari kulliyah di atas.

Salam.

Ekonomi Islam: Apa Kata Bukan Islam

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahamnirrahim

Semalam selesai menonton Debat antara CM Penang Lim Guan Eng vs Ex CM Koh Tsoo Kun ana termenung jap.Menarik jurak isi yg yg diulas kopek oleh kedua2 pendebat.

Satu perkara yg tersentuh pada ana yg di ucapkan oleh LGE ialah mengenai asas2 pentadbiran dan pimpinan yg ditekankan dalam Islam melalui pengajian Al Quran iaitu Amal Makruf Nahi Mungkar. Saksikan klip berikut:


Jadi kita sebagai orang Islam jangan rasa tersinggung tetapi patut merasa malu. Ambil iktibar tengtang perkara ini. jika bukan islam boleh "menggaji" tentang perkara ini dan mungkin lebih baik pengetahuan mereka, kita ni nak jadik apa?

Kerana itulah kita dituntut menuntut ilmu sehingga ke liang lahad.Orang bukan Islam nampak kebaikan Islam tapi kita sesama ummah masih bertelagah.

Renung renungkan.

Salam.

Ekonomi Islam: Umur Harta Ilmu & Ulama

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirahmannirahim

Ana teruskan lagi sedikit kulliyah agama Dato Ustaz Ismail Kamus pada malam ini kita semoga beroleh manafaat utk hari esok.

Bagaimana pembaca mengaitkan dengan relevannya kulliyah ini dalam ekonomi Islam adalah perlu kerana tiada pemisahan berlaku dalam Islam dalam mencapai kejayaan kehidupan didunia dan keselamatan di akhirat kelak.

Oleh yg demikian luangkan sedikit masa utk mendengar majlis ilmu ini semoga beroleh keberkatan dan juga menjadi peringatan kepada kita & orang2 yg mahu beriman.Insyaallah.

1. Peringatan Tentang Umur & Harta


2. Peringatan Tentang Ilmu & Ulama

Semoga mendapat iktibar dari apa yg disampaikan.

Amin.

Selasa, Ogos 19, 2008

Ekonomi Islam: Pemilihan Pimpinan

Selasa, Ogos 19, 2008 0
Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirahmannirahim;

Alhamdulillah dapat ana sambung sikit lagi perihal umara(kepimpinan) dalam membangunkan negara. Ana sisipkan sedikit video klip sedutan dari kulliyah agama oleh Dato Ustaz Ismail Kamus. Sedikit penekanan kepada bagaimana umara itu dilantik kejawatan sebagai pemegang amanah dalam memerintah & membangunkan negara dari segala aspek menurut Islam.Harap para pembaca dapat mendengar secara penuh klip ini ( 5min & 3min) sebagai penambahan ilmu.

Terdapat pesanan dari Rasullulah dan Saidina Umar mengenai kepimpinan termasuk perjawatan hakim & Qadhi yang amat berat tanggungjawabnya dalam melaksanakan amanah yang diulas dari kulliyah ini.

1. Persoalan Menjadi Pemimpin (5 Minit)

2. Pesan Rasullulah Dan Saidina Umar Untuk yg Ingin Menjadi Pemimpin

Semoga mendaat iktibar dan pengajaran dari kulliyah ini insyaallah dan bersama sama memperbaiki apa yg termampu.

Terima kasih kepada saudara/i kaWan860602 yg mengupload kulliyah inin YouTube.

Sabtu, Ogos 16, 2008

Ekonomi Islam: Peranan Ulama & Umara

Sabtu, Ogos 16, 2008 0
Assalamualaikum w.b.t

Bismmilahhirahmanirrahim;

Lama sudah tidak dapat membuat pengisian baru kerana agak sibuk dengan tugasan. Alhamdullillah ada masa yg sedikit ini untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca diluar sana.

Hari ini ana uploadkan sedikit ilmu melalui sisipan video klip dari siri Al Kuliyyah Siri Ramadhan kalu tak silap tahun 2001. Panelnya terdiri daripada Ustaz Abu Hassan din Al Hafiz Dan Ustaz Ismail Kamus. Perbincangan berkisar kepada PERANAN ULAMA & UMARA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA. Ikuti pandangan beliau untuk dijadikan panduan insyaallah.

1. Batasan Ketaatan Kepada Umara ( Pemimpin )

2. Peranan Ulama & Umara

3. Pelbagai Ulama Dunia & Penggunaan Ilmunya

Semoga kita mendapat iktibar daripada apa yg disampaikan oleh mereka2 yg berilmu pengetahuan itu. Terima kasih kepada saudara/i "vcdilmu" yg mengupload video tersebut ke laman YouTube.

Salam.

Isnin, Ogos 04, 2008

Ekonomi Islam: Masa Untuk Lakukan Hijrah

Isnin, Ogos 04, 2008 0
Bismillahirahmannirrahim

Assalamualaikum untuk para sahabat di luar sana.Ana sisipkan di sini video mengenai seorang pemuda yg dahulunya seorang penyanyi rock yg akhirnya telah mendapat hidayah dari Allah SWT dan kini telah menjadi seorang pendakwah yang disegani.Beliau ialah Ustaz Akil Hayy bekas penyanyi kumpulan rock DRiyadh era 90an.

Ikuti temuramah dan pesan beliau dalam video ini. Semoga kita mendapat manafaat darinya.Isyaallah.MASA UNTUK BERUBAH.

Salam.

Sabtu, Julai 19, 2008

Ekonomi Islam: Prinsip & Jaminan Dalam Sistem

Sabtu, Julai 19, 2008 0
Bismilahirrahmanirrahim
Selanjutnya kita akan membincangkan secara ringkas untuk pemahaman mudah secara asas dan ringkas prinsip prinsip jaminan di dalam amalan sistem ekonomi Islam.Dalam sistem ekonomi Islam terdapat beberapa prinsip jaminan, yang antaranya:

1.Jaminan Hak Milik Peribadi

Islam memperakui pemilikan hak perseorangan dan menempatkan hak ini ditempat yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Malah Islam menetapkan bahawa harta dan milik peribadi adalah di antara lima perkara daruri yang wajib dilindungi oleh syari'atnya.Fitrah ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:

"Telah dihiasikan bagi manusia itu mencintai hawa nafsu terhadap wanita, anak pinak, kekayaan yang melimpah ruah daripada emas dan perak, kuda yang tangkas, binatang binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan kehidupan dunia."

[Surah Ali-Imran:Ayat l4]

Islam melihat bahawa manusia adalah makhluk yang memiliki dorongan dorongan dan ingin memiliki dan menyukai harta benda. Dorongan dorongan yang bersifat fitri ini jugalah yang menggerakkan manusia melakukan usaha pembangunan dan bersungguh sungguh untuk berjaya.Namun demikian perakuan Islam terhadap hak milik peribadi tidaklah bererti is membiarkan manusia bebas tanpa sebarang ikatan dan peraturan.
Untuk meletakkan perakuan terhadap hak milik peribadi di atas jalan yang sentiasa seiring dengan fitrah manusia yang balk dan bukan pula mengikut hawa nafsu yang buruk maka syari'at Islam menetapkan peraturan peraturan yang kukuh dan berkesan.

2. Jaminan Kebebasan Mencari Sumber Pendapatan

Islam memberikan kepada setiap orang hak dan kebebasan dalam menentukan corak kehidupannya. la bebas memilih kerja kerja yang ia minati asalkan tidak bertentangan dengan syari'at Islam. Dengan adanya berbagai bagai minat di dalam menentukan pekerjaan dan somber pendapatan masing masing maka timbullah kepelbagaian di dalam basil negara dan keperluan masyarakat.

Dalam Islam, pekerjaan mempunyai taraf kemuliaan yang besar yang tidak ada bandingannya dalam semua agama dan kebudayaan yang lain. Kebebasan mencari sumber pendapatan dalam Islam berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:

"Apabila telah ditunaikan salat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah"
[Surah A1-Jum'ah: Ayat 10]

"Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki Nya, dan kepadanya kamu (kembali setelah) dibangkitkan"
[Surah Al-Mulk: Ayat 15]

3. Jaminan Keadilan Sosial

Kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ruang lingkup Islam yang syumul. Oleh itu, apa sahaja yang hendak ditegakkan oleh Islam maka itu jugalah yang ditegakkan oleh mana mana bahagian daripadanya. Islam bertujuan untuk menegakkan ke'adilan, oleh itu salah satu asas utama sistem ekonomi Islam juga ialah untuk menegakkan keadilan.

Ke'adilan sosial yang hendak ditegakkan oleh sistem ekonomi Islam bersih daripada sebarang slogan kosong dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Ini adalah kerana ke'adilan dalam Islam mempunyai asasnya yang tersendiri, iaitu di atas dasar taqwa dan ma'ruf.

4. Jaminan Hak Pewarisan

Di antara prinsip yang ditetapkan oleh Islam dalam memperolehi hak milik ialah melalui hak pewarisan. Hak pewarisan berdasarkan kepada fitrah manusia, keadilan dan penghormatan terhadap kehendak dan cita cita pemilik. Setiap orang yang memiliki harta berhajat untuk menjamin hidup ahli keluarganya dan berusaha agar harta yang ada padanya tidak habis. Maka kerana itulah hak pewarisan ini adalah satu prinsip yang tinggi nilainya dalam sistem ekonomi Islam.

Malah Islam memandang bahawa hak pewarisan adalah salah satu alat yang utama bagi mencapai ke'adilan sosial di dalam masyarakat. Di atas dasar inilah undang undang pewarisan Islam menjadi sesuatu undangundang yang unik dan tidak terdapat di dalam sistem sistem yang lain.
Sumber Rujukan dan Penulisan:

Sumber Bacaan Terpilih:

  • Petunjuk Amalan Ekonomi Islam; Abd Rahman Zaki Ibrahim; DBP 1998
 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates