Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
Perkembangan berkenaan kegiatan rasuah dalam negara sekarang amat ketara. Di sana sini kita terdengar akan bantahan2 dan penangkapan penangkapan para ketua2 dan pemimpin yg bersangkut dengan perlakuan rasuah. Sesunguhnya perbuatan ini jika tidak dikekang dengan bersungguh2 boleh mendatangkan kehancuran dalam masyarakat dan negara secara keseluruhannya.
Disisipkan disini pandangan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nikmat (TGNA) berkenaan pandangan beliau terhadap perlakuan ini untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran dari orang berilmu.
Sedikit penulisan berkenaan rasuah yg ana petik dari bloggers. Sedikit pembetulan ana lakukan iaitu ayat ke 188 Surah Al Baqarah dengan ayat quran ( asal dirujuk sebagai ayat 177 Al Baqarah;tiada ayat quran) dan rujukan hadis (asal tiada ditulis rujukan).
Rasuah atau makan suap ialah suatu perbuatan yang biasanya beredar di kalangan pejabat-pejabat yang mempunyai kuasa. Dengan kekuasaan tersebut, maka apa-apa yang dihajatkan oleh si penyuap/penyogok dapat dihasilkan dengan memberi suatu pemberian yang menggembirakan hati pegawai tersebut samada berupa wang, benda-benda berharga, barang perhiasan mahupun berupa makanan.
Oleh itu rasuah berlaku diantara kedua-dua pihak yang memberi dan yang menerima pemberian itu untuk mendapatkan sesuatu hajat.Perbuatan rasuah amat dilarang keras oleh Syariat Islam, dihitung sebagai suatu Dosa Besar.
Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 188
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُڪَّامِ لِتَأۡڪُلُواْ فَرِيقً۬ا مِّنۡ أَمۡوَٲلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui.
Daripada Abu Hurairah R.A. Sabda Nabi S.A.W
“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”
Semua hasil yang dimakan dari rasuah adalah Haram, menurut Nabi S.A.W “As-suhut” iaitu api neraka lebih utama dengannya.
Orang-orang bijak pandai pada zaman ini menganggap “Rasuah” itu adalah satu cabang dari korupsi yang sasarannya sama-sama merugikan masyarakat, bangsa dan negara.
Maka kita sebagai umat Islam haruslah menjauhi diri kita dari perbuatan terkutuk ini kerana siksaan di Akhirat amatlah pedih bagi orang-orang yang terlibat dengan Rasuah.
Semoga mendapat pengajaran.
Salam.
Sumber Penulisan & Rujukan
0 ulasan:
Catat Ulasan