Assalamualaikum
Bismillahirahmannirrahim
Sesungguhnya sistem2 atau kaedah2 perekonomian secara Islamik merupakan perkara yg diamanahkan kepada kita untuk dilaksanakan. Perkara ini seharusnya menjadi suatu tanggungjawab kepada para pendakwah dan ilmuan islam dalam memperjelaskan kepada masyarakat agar mereka mendapat keterangan dan penjelasan yg nyata agar tidak tidak timbul sebarang prasangka atau keraguan kepada mereka terhadap apa yg terkandung di dalamnya untuk diterima pakai seperti juga kaedah2 konvensyional yg lain itu.
Kegagalan atau kelalaian para pendakwah dan ilmuan dalam melaksanakan amanah melalui pendidikan dan perlaksanaan menyebabkan masyarakat akan mengabaikan atau terhindar dari kefahaman terhadap syariat yg dituntut ini. Dan sesungguhnya bagi mereka yg telah dikurniakan ilmu, kuasa dan kebijaksanaan oleh Allah SWT akan ditanya akan perkara ini dan sumbangan yg telah telah dilakukan atas amanah yg telah diturunkan. Oleh yg demikian sekiranya kita adalah seorang yg bijak pandai, orang yg diberi kuasa atau seorang pemimpin hari ini, sesungguhnya anugerah itu datang bersama satu amanah keatasnya untuk dipertanggungjawabkan.
Dalil firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦۤۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرً۬ا
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat "
Surah An Nisa [4:58]
Oleh yg demikian bertanyalah kita kepada diri kita sendiri apakah sumbangan kita dalam mensyukuri nikmat yg dianugerahkan pada kita hari ini.
Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar dari kuliyyah diatas.
Salam.