Forum Perdana Islam
12 Julai 2008 Lepas Solat Isya
Panel 1 : AlFadhil Ustaz Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz Pengerusi Panel Syariah Bank Rakyat
Panel 2 : Ustaz Nazri Chik Ketua Jab. Peng Risiko & Pematuhan Syariah Bank Islam
Perkara: Halal & Haram Bukan Pada Makanan Sahaja
Ana dijemput sahabat (sebab ana bagitau kat sahabat yg ana sekarang tengah study dan buat pemerhatian dalam perkara ekonomi & perbankan Islam;mungkin dah sampai seru) untuk hadir dengar ceramah tersebut.Lepas maghrib ana pergi.Langkah kanan, sampai je di masjid BBU sahabat jemput makan. Alhamdulillah.
Selesai makan & solat Isya berjamaah forum bermula. Ustaz AH Din mulakan ceramah diikuti Ustaz Nazri Chik sampai lebih kurang pukul 11.00 malam. Ana nak kongsi ilmu yg ana dapat semalam:
Banyak muslim sekarang lebih menumpukan kepada perkara pemakanan sahaja tanpa melihat kepada skop & konteks yg lebih luas seperti sumber pendapatan, perlakuan muamalat,perkara syubahat dan lain2 yg juga boleh menjadikan benda yg halal itu bertukar status menjadi haram.
Fakta fakta dan kesimpulan yg ana dapat & buat semalam:
Selesai sesi ceramah; sesi soal jawab bermula. Atas dasar ingin tahu dan ingin keterangan lanjut ana jadi orang yg pertama bangun pegi kat mic dan tanya soalan CEPU MAS:
Ini adalah jawapan AlFadhil Ustz Abu Hassan Din Al Hafiz (diringkaskan)
Yg haram tetap haram.Perkara perkara yg terlibat syubahat haram juga akan menjadi haram.Sebagai contoh seorang pemilik tanah menyewakan tanah kepada seorang peladang anggur yg diketahui anggurnya itu akan diproses menjadi arak.Maka pendapatan dari hasil sewa itu tadi adalah terlibat dalam perkara syubahat haram maka haramlah sewa yg diterima itu.Jadi bg perkara di institusi riba ini dari mereka yg menulis kontrak, saksi kontrak, penyedia kontrak, penetap kontrak..(etc..x berapa clear) adalah mereka dalam kategori syubahat dan pendapat mengikut hukum adalah seperti yg diberikan contoh tadi. (Ana terkedu dan tepuk dahi..Masyaallah)
Ini adalah jawapan Ustaz Nazri Chik (diringkaskan dan ketika ini para jamaah tadi yg nampak dah letih tunggu bila nak abis jadi semacam segar dan beri perhatian)
Adalah dinasihati supaya mereka yg terlibat dalam institusi riba supaya mencari jalan keluar yg lebih baik baginya kerana ia memang jelas dilarang keras oleh Allah.Ada pendapat ulama rujukan ( tak ingat nama) mengatakan bahawa antara dosa yg paling besar mengikut ulama tersebut adalah RIBA kerana ALLAH MENGISYTIHARKAN PERANG KEATASNYA. Megenai samada takrif dharurat terpakai atau tidak, darurat ialah keadaan yang terlalu mendesak hingga tidak memungkinkan seseorang untuk menjaga dan mempertahankan lima perkara pokok dalam syarak iaitu soal agama, nyawa, akal, keturunan (nasab) dan harta. Adakah dgn tak kerja di institusi tersebut akan menyebabkan mati? Ha seterusnya anda cari jawapan sendiri.( Ana tepuk dahi lg sekali..aduii)
Soalan ana mendapat ulasan lebih kurang 10-15 minit. Majlis tamat lebih kurang pukul 11.30mlm. Dapat salam cium tangan AlFadil Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz, peluk dan ambil gambar,memang niat bila tengok dia naik pentas ceramah (sebab tak sangka Alfadhil yg datang bagi ceramah). Lepas tu diorang jemput ana join supper same2 dgn management team diorang. Alhamdulillah semacam dipermudah dan dimurahkan rezeki jek semalam.
Dan yg menarikya semalam juga ana bermimpi bersama dengan AlFadhil Ustaz AH Din yg ceritanya biar ana simpan dalam hati.Mungkin dah sampai isyaratnya pada hamba ini.
Dan inilah pengalaman dan ilmu yg ana dapat semalam yg ana nak kongsikan bersama saudara2 & sahabat pembaca. Samada bersetuju atau tidak terpulang pada diri masing2.Pendapat mengatakan Ilmu Perlu DiCari dan Guru Harus Di Datangi.
Wasallam.