EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: Lanjutan: Kesatuan Islam dan Cabaran Ekonomi

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Khamis, Mei 01, 2008

Lanjutan: Kesatuan Islam dan Cabaran Ekonomi

Khamis, Mei 01, 2008
Ekonomi Islam merupakan cabang ilmu mengkaji kegiatan manusia selari syariat dari segi MEMPEROLEH, MENGGUNA & MENGURUS sumber asli dan harta demi kebaikan bersama secara KEBENDAAN & KEROHANIAN demi mendapat KEREDHAAN Allah S.W.T

Sebagaimana perspektif Islam itu terhadap pentakrifan ekonomi mencakupi permasalahan manusia sejagat;ia tiada merujuk kepada individu atau masyarakat tertentu serta ia BERLANDASKAN SYARIAT bertujuan mendapat keredhaan Allah S.W.T; boleh juga difahami bahawa segala manafaat dan hasil mashul di muka bumi ini haruslah di kongsi secara adil tanpa persempadanan budaya,bangsa atau negara untuk sama sama merasai kemajuan, kemakmuran dan keamanan berbanding teori ekonomi konvensional yg dicipta mengikut peraturan ciptaan manusia yg bersandarkan idealogi atas kepentingan dan agenda tertentu sesuatu pihak atas pihak yg lain.

Penekanan terhadap perkara perkara seperti
PEROLEHAN, PENGGUNAAN dan PENGURUSAN dalam ekonomi Islam adalah menjurus kepada urusan seperti Halal & Haram, Pembaziran & Keutamaan, Keadilan & Pengagihan yg mana ia perlu membawa kepada kebaikan dalam pembangunan insaniah dari segi material dan kerohanian seperti yg dituntut Islam. Perkara perkara ini boleh dirujuk melalui firman Allah SWT dalam Al Quran;

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

[Al Baqarah (2) Ayat 18]


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api Neraka dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya).”

[An Nisa (4) Ayat 29-30]


“Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.”

[Al An’am (6) Ayat 141]


“Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.”

[Ar Rahman (55) Ayat 7-9]


“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.”

[Al Mutaffifin (83) Ayat 1-3)


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”.

[An Nisa (4) Ayat 48]



“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”

[Al Maidah (5) Ayat 8]


Pada pandangan peribadi penulis kegagalan Kesatuan Islam dalam cabaran ekonomi hari ini adalah kerana kegagalan pentadbir pentadbir negara islam itu sendiri yg gagal memanafaatkan kekayaan yg dilimpahkan Allah atas muka bumi mereka menurut syariat secara total. Negara negara islam yg hasil utamanya adalah minyak di mana nilai pendapatan tahunannya mencapai berbillion dolar sepatutnya secara bersepakatan harus membantu dalam membangunkan negara negara yg lemah melalui pembangunan infrastruktur pendidikan dan perekonomian asas dikalangan seluruh umat islam seluruh di dunia. Ini penting kerana melalui ilmu dan pengisian sahaja seseorang itu akan mencapai kejayaan dalam membangun serta mengubah cara hidup dan pemikiran mereka dalam pembentukan tamadun. Ini secara tidak langsung akan memastikan semua umat islam tidak terdedah kepada segala bentuk penghinaan, kejahilan dan kemiskinan.

Apa yg berlaku sebaliknya sekarang negara islam yg kaya raya ini sibuk mengikut hawa nafsu & bangga diri membangunkan hotel2 7 bintang , pulau2 buatan yg hartanahnya bernilai jutaan dolar (Rujuk Artikel Newsweek April 21 2008;
SPECIAL REPORT), pelaburan di negara2 bukan islam utuk tujuan keuntungan semata serta sanggup bersengkokol dengan musuh utk menentang orang islam sendiri sedangkan masih ada saudara islam yg masih tidak tahu membaca, miskin dan kebuluran serta merempat dan dibunuh sewenangnya di negara negara berhampiran.


Menurut statistik , jumlah umat islam di seluruh dunia sekarang berjumlah lebih kurang 1.5 billion dan mewakili 24% jumlah penduduk dunia ( sumber Institute of Islamic Information & Education;
http://www.iiie.net/node/65; setakat Feb 2006) dengan hasil ekonomi utama dunia iaitu minyak berada di tangan orang Islam dan sekiranya ianya diuruskan mengikut kaedah yg sebenarnya dalam islam; bayangkan betapa kuatnya umat islam dan beranikah mereka itu memperkotak katikan islam dan umatnya. Saya serahkan kepada saudara untuk fikir-fikirkan dan membuat kesimpulannya.Sekian.


Salam.

0 ulasan:

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates