EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: Sistem Ekonomi Selain Ekonomi Islam: Umum

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Sabtu, Mei 03, 2008

Sistem Ekonomi Selain Ekonomi Islam: Umum

Sabtu, Mei 03, 2008

Di dalam dunia terdapat beberapa doktrin amalan teori dan praktis ekonomi yg digunakan. Malah para pemikir ekonomi sehingga ke hari ini masih ada yg mencari cari kaedah atau fahaman dan teori baru setelah dilihat teori & amalan yg sedia ada semakin membawa kepada kekusutan dan kekacauan kerana masalah keseimbangan ( masalah memenuhi kemahuan yg tidak terhad drp sumber yg terhad) dan keadilan pegagihan (penawaran dan permintaan) yg masih gagal diwujudkan oleh fahaman yg digunapakai hari ini.

Secara umumnya terdapat 4 jenis amalan atau sistem ekonomi SELAIN EKONOMI ISLAM iaitu:-

Sistem Kapitalis

  • Menjurus kearah kepentingan individu secara total atau mutlak.
  • Berkonsepkan pemilikan tanpa boleh dikongsi bersama.
  • Menyebabkan kaya bertambah kaya, miskin terus merana.
  • Menyebabkan banyak berlaku penindasan dan zalim secara berleluasa.
  • Kebebasan mengumpul harta, memonopoli dan menyorokkan barangan
  • Majoriti negara sekarang mendukung sistem ini atas tekanan BARAT
  • Peguasaan ekonomi dunia melalui penindasan modal ; GLOBALISASI
  • Pasaran bebas;penentuan harga oleh permintaan pasaran tanpa dikawal
  • Juga terkenal sebagai “ laissez faire”

Sistem Sosialis

  • Mengutamakan sumber harta sebagai hakmilik negara sepenuhnya
  • Urusan ekonomi berteraskan kepentingan umum bukan keuntungan
  • Semua aktiviti ekonomi adalah dikawal pusat dan tidak terbuka
  • Tiada tindak balas teori permintaan dan penawaran dalam pasaran
  • Secara teori menjamin keadilan agihan pendapatan ,kekayaan.
  • Secara teori semua individu sama;tiada kaya atau miskin

Sistem Komunism

  • Adalah kesan dan teori yg lebih eksterim dari sistem sosialis
  • Menolak kewujudan Tuhan serta anutan agama dalam ekonomi
  • Lanjutan applikasi teori sosialis Karl Marx; “Das Kapital”
  • Tiada seorang pun boleh memiliki harta atas nama individu.
  • Agama perlu dihapuskan kerana ia akan menghalang produksi

Sistem Campuran (Mix)

  • Adalah keadaan dimana kedua kaedah sosialis dan kapitalis digunapakai
  • Sumber harta dimiliki kerajaan dan swasta
  • Swasta menumpukan terhadap aktiviti keuntungan ;kepentingan umum oleh kerajaan
  • Campurtangan kerajaan dlm penetuan harga maksimum & minimum; penyediaan subsidi untuk rakyat


Demikian secara umum beberapa sistem ekonomi selain ekonomi Islam yg terdapat dalam dunia sekarang.

Kita akan membincangkan berkenaan ekonomi Islam; ciri-ciri serta pandangan secara lebih mendalam (insyallah) selepas ini.


*Sumber rujukan:

  • Dato Dr Haron Din;Agama Bisnes Dan Pengurusan; PTS Millenia 2007
  • Mat Hassan Abu Bakar; Apa Itu Ekonomi Islam; PTS Publication 2004
  • Muhammad Abdul Manan; Ekonomi Islam Teori & Praktis Jilid 3 Bhg 4;AS Noordeen 1993

0 ulasan:

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates