EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: Perbankan Islam: Mengkritik Atau Membangun, Yang Mana Lebih Mudah?

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Isnin, April 19, 2010

Perbankan Islam: Mengkritik Atau Membangun, Yang Mana Lebih Mudah?

Isnin, April 19, 2010
Photobucket



Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog ini, mudah mudahan perkongsian ilmu ini mendatangkan manafaat kepada kita semua insyaallah.

Apa yang saya cuba diskusikan pada tulisan kali ini adalah mengenai penerimaan, tanggapan dan kritikan2 terhadap satu sistem kewangan dan perbankan Islam pada alaf moden ini, yang mana perkembangannya seiring tentangan yang hebat dari pihak perbankan konvensional, yg sememangnya mahu melihat matlamat perbankan Islam ini agar tidak tercapai dan manusia serta umat berterusan mengharap dan melutut dengan sistem kelahiran kapitalis ciptaan Yahudi dan Barat melalui kewangan konvensional.

Muthakhir ini banyak perdebatan, pandangan2 kritis dan pertikaian mengenai perjalanan sistem perbankan Islam yang dikatakan tidak Islamik, hanya tukar kulit dan Istilah serta pelbagai lagi kecaman keatasnya. Sebagaimana biasa, sebagai seorang yg menghormati ilmu dan adab saya mengelak dan berlepas diri dari menetapkan sebarang perkara hukum, yg mana saya bukan ahlinya, ulasan dan diskusi adalah sekitar pada ilmu pengetahuan dari bacaan, kuliah dan rujukan yang dilakukan dalam proses mencari & memahami dalam usaha bersama memartabatkan bidang muamalah Islam.

Alhamdullilah gerakan untuk memperkembangan sistem kewangan dan perbankan Islam sekarang sedang giat berkembang di seluruh dunia. Matlamatnya satu; untuk membebaskan umat dari cengkaman dosa RIBA yang terkandung dalam hadis nabi antara salah satu dosa besar serta membebaskan manusia dari perhambaan dan penindasan dalam sudut ekonomi. Sabda nabi SAW:

  • Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya: Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” - Riwayat Muslim
Jelas hadis di atas akan seruan nabi SAW agar umat menjauhi dari melakukan perkara yg berkaitan dan mempunyai unsur riba, tetapi bagaimanakah kita untuk lari darinya terutamanya perkara ini berkaiatan dengan urusan harian serta muamalah kehiduapan umat?. Sememangnya perkara perkara muamalah ini mengandungi pelbagai helah yg mana jika tersilap langkah akan terjebaklah kita ke dalam perangkap tersebut.


Sukar adalah perkataan yg paling kerap diungkapkan oleh pelbagai pihak bila berbicara mengenai perkara RIBA. Ianya bukan hanya berlaku pada waktu sekarang, malah dari zaman para sahabat yg agung, yg berdamping dengan nabi SAW pun mengakui akan kesukaran dalam mendalami permasalahan RIBA sebagaimana perkataan Saidina Umar Al Khattab RA dan beberapa tokoh agung;

  • Tiga perkara yang amat aku harapkan agar Rasulullah s.a.w sempat bersama kami sehingga kami jelas berkenaannya : Hal kedudukan datuk (dalam waris), Kalalah (waris yang tiada anak dan ibubapa), dan bab-bab berkaitan riba - Riwayat Al-Bukhari

  • Sesungguhnya demi Allah, tidaklah kami ketahui mungkin kami menyuruh kamu sesuatu, rupa-rupanya ia tidak baik buatmu (kerana riba), dan mungkin juga kami melarangmu dari sesuatu perkara yang rupanya baik (halal tetapi disangka riba) buatmu, ini kerana ayat berkaitan riba adalah antara ayat terakhir yang diturunkan, dan baginda Nabi s.a.w wafat sebelum sempat menjelaskannya (secara terperinci) kepada kami, Justeru tinggalkan yang meragukan kepada yang tidak meragukan- Riwayat Ad-Darimi

  • Ibnu Katsir dalam tulisannya menyebut - Bab Riba adalah dari bab yang paling sukar bagi kebanyakkan ahli ilmu (ulama) - Tafsir Al Quran Al Azim 1/327

  • Imam Abu Hamid Al-Ghazzali (wafat 505 H) menegaskan : Bab riba adalah masalah2 yang paling sukar dan mengelirukan - Syifa Al-Ghalil fi Bayan As-Shabah, hlm 359

  • Pakar ilmu Usul Fiqh dan Maqasid Shariah, Imam As-Syatibi (wafat 790 H) mengatakan: Sesungguhnya riba adalah tempat penelitian yang kerap tersembunyi dari mujtahidin, dan ia adalah dari perkara yang paling tersembunyi serta kurang jelas maknanya sehingga ke hari ini - Al-Muwafaqat fi Usul Al-Ahkam, tahqiq Muhydin Abd Hamid, 4/42

Jadi bagaimana pandangan kita sekarang? Sekiranya tokoh2 beasr ini mengakui akan kesukaran perkara RIBA apakan lagi kita yang telah berada terlalu jauh meninggalkan zaman tersebut ditambah lagi lagi dengan perkara muamalah moden yg kompleks dan semakin mencabar hari ini.

Adakah cukup sekadar berpuashati atau terus menerus mendokong pemainan kapitalis konvensional Yahudi dan barat dan memundurkan umat? Tentu sekali tidak, sekarang inilah dituntut agar para ulama dan ilmuan dalam perkara ekonomi dan kewangan bergabung tenaga dalam merungkai dan mencari penyelesaian dalam tuntutan muamalah Islam. Sebenarnya itulah rahmat kelebihan ilmu dikurniakan kepada mereka2 yang terpilih, untuk membimbing yg lemah ke jalan yg benar dan memperkasakan umat dalam merintis jalan ke arah kegemilangan Islam semula, insyaalah.

Suka saya memetik tulisan Prof Dr Yusof Qardhawi sebagaimana berikut dalam bukunya Keluasan & Kehebatan Syariat Islam (Terjemahan Penulisan Awamilu as -Saah wal Marunah fi asy-Syari ati al-Islammiyah) ;

  • Tuhan sendiri telah menyatakan bahawa betapa Islam itu mempunyai kedudukan yg sempurna, ia diturunkan untuk memberi rahmat dan kemudahan bukan untuk menyukarkan dan menyulitkan.

  • Faktor pertama yg dirasakan oleh orang yg mempelajari syariat dan Fiqhnya ini adalah luasnya ruang kemaafan (manthaqihat al afw) atau ruang kosong yg disengajakan oleh nas nas agama membiarkannya demikian, sebagai ruang gerak bagi ijtihad untuk para mujthahid untuk diisi dengan hal yg paling baik (ashalh) bagi umat, yg paling layak dengan zaman persekitarannya, dengan selalu memerhatikan tujuan tujuan (maqasid) syariat yg umum serta mempedomani jiwanya dengan nas nas yg mantap(muhkamat). Apa yg saya katakan bahawa ruang kosong yg sengaja disediakan oleh asy-syari' (Tuhan) itu adalah sesuai dengan apa yg kita terima dari Nabi Muhammad SAW sebagaiman sabda baginda:

  • Sesungguhnya Allah SWT tealah menetapkan beberapa batas, maka janganlah kamu melampauinya, dan telah mewajibkan sesuatu maka janganlah kamu meninggalkannya, dan mengharap beberapa perkara maka janganlah kamu melanggarnya dan ia telah diam dari beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukan keranan lupa maka janganlah kamu membahasnya - Riwayat ad Daruquthni dinilai hassan oleh Imam Nawawi

Antara petikan lain yg menarik dari pendapat beliau (Qardhawi) dalam buku Permasalahan Umat Islam Masa Kini beliau memberikan beberapa ungkapan antaranya;

  • Khalifah Umar Abd Aziz apabila beliau ditanya tentang perbezaan pendapat, ia menjawab "Tidak! Perbezaan pendapat di kalangan mereka justeru memberi kelonggaran kepada umat"

  • Di zaman moden ini ada kalangan yg mempertanyakan apakah bank2 tanpa bunga didirikan? Menurut mereka , laju ekonomi tidak mungkin berlanjutan tanpa bank. Demikian pula tidak mungkin dapat mendirikan bank tanpa bunga. Namun kenyataannya sekarang ini sudah banyak bank bank Islam tanpa bunga. Pada hakikatnya , mereka yg berfikir demikian telah terkena arus pemikiran ulama yg anti Fiqh. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak ingin mengikuti ajaran fiqh, sebab fiqh itu buatan manusia seperti mereka juga . Lantas ingin menjadikan diri mereka seperti para Imam mazhab. Sebenarnya orang2 yg demikian itu tidak menguasai bidang Fiqh.

Jadi apakah kesimpulan yg kita boleh ambil dari pernyataan2 yg di atas. Perbezaan pendapat memang kerap berlaku, maka dalam Islam seharusnya dianggap sebagai rahmat. Ia boleh mendatangkan keluasan dalam ilmu pengetahuan dan ruang lingkup kemaafan dengan syarat2 yg perlu diikuti.

Membangunkan sistem kewangan dan perbankan Islam bukan satu tugas mudah. Maka perlu dikumpulkan para2 ahli ilmu Hadis, Ahli Tafsir, Pakar Syariah, Ahli Usul Fiqh, Ahli Fiqh dan lain2 pakar. Adakah mudah untuk mendapat keyakinan mereka dalam atau menyakinkan mereka dalam sesuatu pembangunan produk perbankan Islam dalam sesuatu pembentangan? Mampukah kita menduga apakah persoalan yg akan ditanya oleh mereka dan apakah keterangan yg boleh kita utarakan dalam penghujahan itu selari ilmu mereka? Pepatah melayu mengingatkan bahawa " Kalau kail panjang sejengkal Lautan dalam usah diduga" dan jika betul2 tidak mampu " Usahlah berumah ditepi pantai"- bermakna bersiap sedialah untuk di tarbiyah. Kesukaran membangunkan perkara ini sesuai seperti sabda nabi SAW :

  • Sungguh akan datang pada manusia suatu masa (ketika) tiada seorangpun di antara mereka yang tak akan memakan (harta) riba. Siapa saja yang (berusaha) tak memakannya, ia tetap akan terkena debu (riba)-nya - HR Ibnu Majah dan Sunan Abu Dawud, dari Abu Hurairah


Mengkritik itu sesuatu yg bagus, bermakna perkara itu diikuti dan diteliti apabila sesuatu produk itu sudah disediakan, maka hendaklah pula disampaikan dan dihujahkan dengan adab ilmu bukan dengan hanya kelantangan bersuara bersulam emosi hingga boleh mendatangkan kekeliruan dan keraguan pada umat dalam menjayakan satu visi yang dituntut. Bagaimana jika anda tersilap ? Sudahkah kita memikirkan sehabisnya akan kesannya? Jika ada keraguan, Islam menganjurkan kita mencari mereka yg berpengetahuan dalam ilmunya agar dapat dibendung kesalah fahaman dan kerosakan.

Insyaallah semoga kita mendapat ilmu dari penulisan di atas.


Sumber Rujukan:

  1. Prof Dr Yusof Qardhawi - Kesempurnaan & Keunggulan Syariat Islam - Al Hidayah Publishers-2000
  2. Prof Dr Yusof Qardhawi - Permasalahan Umat Islam Masakini - Al Hidayah Publishers - 1998
  3. Dr Yusof Qardhawi - Ijtihad Dalam Syariat Islam -Crescent News (KL) Sdn Bhd - 2002
  4. www.zaharuddin.net

1 ulasan:

Jep berkata...

saya ada bertanya berkenaan pinjaman perumahan menggunakan kaedah islamik, tetapi mengecewakan kerana jumlah ansuran pinjaman yang amat mahal sebagai contoh pinjaman RM130K, jika guna kaedah konvensional bulanan RM 710, tetapi kaedah islamic RM 890, bulanan, ada perbezaan sebanyak 200+- kat situ, bagi org mcm saya jumlah RM 200 tu banyak dan macam2 boleh dibuat, macammana nk sokong pinjaman islam sebab dia punya bulanan lagi cekik darah dari konvensional. memang BLR naik klo guna konvensional tapi xdela kenaikan tu samapai RM 200. Betul ke kaedah islamic ni kena mahal? xkan islam suurh umatdia tekan lg org susah kot?

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates