EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Sabtu, Mac 13, 2010

Kulliyah Syariah & Muamalat: Apa itu FIQH?

Sabtu, Mac 13, 2010 0

Assalamualaikum WBT

Bismillahirahmannirrahim,

Alhamdullilah dapat lagi saya menulis dalam ruangan ini dengan IzinNya, maaf kepada para pengunjung yg sentiasa memerlukan update kerana kekangan masa dan masalah lain. Insyaallah saya akan terus menulis selagi dalam kemampuan.Insyaallah hari ini kita cuba mengenali & memahami secara ringkas mengenai perkara FIQH.


Apa Itu FIQH?

Ianya secara khusus boleh dibicarakan dalam dua keadaan, iaitu dalam sebagaimana berikut :
  1. Al-Fiqh dalam sudut segi bahasa Arab mempunyai beberapa erti dimana antara yg utama adalah;
  • Kefahaman mutlak atau kepintaran;
  • Faham terhadap tujuan atau maksud bicara seseorang;
  • Mengetahui sudut hakikat atau batin sesuatu serta menyampaikan kepada intipatinya.
2. Fiqh dalam sudut istilah pula membawa pengertian;
  • Sesuatu ilmu yg berkaitan dengan hukum Syariah Islam yg difahami dan diketahui melalui dan berkaitan dengan perbuatan berbentuk praktikal menerusi dalil2nya yg terperinci.
  • Ilmu berkaitan dengan hukum yg diperoleh menerusi itjihad dan pendapat mujahid serta ketetapan Allah seperti ; sebagai contoh ilmu yg menyentuh berkaitan pembunuhan yg diharamkan dan diwajibkan qisas.
  • Hukum praktikal yg distinbatkan oleh ulama mutjahid daripada dalil2 yg ju'zi atau pecahan. Ia berkenaan perkara perbuatan hamba dan menjelaskan tentang sifatnya seperti Wajib, Sunat, Haram, Makruh dan Harus.
Rumusannya, FIQH ibarat tentang sekumpulan hukum Syariah yang menjelaskan tentang sifat yang terbentuk atau lahir dari manusia.

Insyaallah, hingga bertemu lagi dalam penulisan yang datang, setakat ini kita telah membicarakan 3 perkara utama iaitu Syariah, Muamalat dan FIQH secara ringkas sebelum meneruskan perbincang lanjut dalam perkara objektif blog ini.

Diharap sedikit sebanyak telah membantu para pengunjung yg mencari ilmu walaupun tidak seberapa sekadar kemampuan saya.

Salam.

Sumber Rujukan:
  1. Pengantar Syariah & Teori FIQH, Ustaz Abdul Latif Muda, Pustaka Salam.

Selasa, Januari 05, 2010

Syariah & Muamalat : Kuliyyah Interaktif MUAMALAT

Selasa, Januari 05, 2010 0
Photobucket


BismillahirRahmanirRahim

Salam Tahun Baru Hijrah 1431 dan 2010.

Maaf kepada para pengunjung blog ini kerana telah agak lama tidak dikemaskini atas beberapa perkara yg tak dapat dielakkan.

Alhamdullilah pada hari ini ana berkesempatan untuk membuat sedikit update untuk sambungan dari penulisan yg lalu berkenaan perkara Muamalat.

Sebagaimana biasa, penerangan seterusnya adalah berkenaan perkara2 asas dalam ilmu Muamalat Islam bertujuan untuk memudahkan pengunjung memahami konsep2 ringkas sebelum pergi kepada ilmu yg lebih mendalam.

Insyaallah dengan kuliyyah interaktif ini sedikit sebanyak memberi manafaat kepada pengunjung blog ini.



Sehingga ketemu lagi dalam kemaskini akan datang. Insyaallah.

Salam.


Sumber Ilmu:
  1. Video Interaktif Pengajian Islam Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2008.

Ahad, Ogos 02, 2009

Syariah & Muamalat : Apa itu MUAMALAT

Ahad, Ogos 02, 2009 0
Assalamualaikum WBT. Insyaallah kali ini kita akan berbicara mengenai pengertian MUAMALAT.

Erti Muamalat ialah bertukar2 Faedah. Menurut istilah hukum Fiqh ialah berkenaan perkara atau hal2 yg mengenai kegiatan dalam bertukar tukar faedah harta benda di antara seseorang dengan seorang yg lain mengikut cara2 yg tertentu.

Boleh juga dikatakan , hukum Muamalat ini diertikan sebagai undang2 mengenai urusan pertukaran faedah harta benda, termasuklah didalamnya urusan2 Jual Beli, Hutang Piutang, Sewa Menyewa, Gadai Menggadai, Upah Mengupah, Pinjam Meminjam, Bercucok Tanam, Bersyarikat dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.

Perkara2 Prinsip MUAMALAT
  1. Perkara2 yg dibenarkan dan mengikut kelayakan dalam Syarak sebagai Keutamaan.
  2. Urusan Kontrak dengan persetujuan bersama.
  3. Larangan atas perkara RIBA
  4. Larangan atas perkara GHARAR (unsur2 muslihat, ketidak tentuan)
  5. Larang atas perkara QIMAR dan MAYSIR (unsur perjudian)
  6. Larang penipuan dan tipu helah.
  7. Larangan terhadap transaksi atas perkara2 yg diharamkan.
Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak.

Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَڪُم بِٱلۡبَـٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَـٰرَةً عَن تَرَاضٍ۬ مِّنكُمۡ‌ۚ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمً۬ا
Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu"

Surah An Nisa 4:29

Insyaallah hingga ketemu lagi dalam tulisan akan datang. Semoga kita mendapat kelebihan ilmu dari catatan diatas.

Sumber rujukan:
  1. Pedoman Muamalat & Munakahat ; Haji Osman Jantan Pustaka Nasional Pte Ltd Singapore
  2. http://muslimview.wordpress.com/2009/02/14/pengertian-muamalat/

Rabu, Julai 29, 2009

Syariah & Muamalat : Berkenalan Dengannya

Rabu, Julai 29, 2009 0

Assalamualaikum WBT.

Alhamdullilah masih mampu untuk menyumbang sedikit ilmu utk di kongsi bersama2 dengan pengunjung blog dengan satu tujuan , menambahbaikan akan ilmu kita semua insyaallah.

Sesuai dengan perkara yg akan kita bincangkan, mungkin ade dikalangan kita yg masih samar2 atau langsung tidak mengetahui akan maksud2 & pengertian disebalik istilah2 islamik yg sering kita semua dengar atau baca. Ini tidak mustahil. Jadi saya memilih untuk bermula dari peringkat asas supaya mudah untuk diikuti dan difahami, insyaallah.

Definasi SYARIAH
  • Berasal dari perkataan SYARAK- bermaksud jalan ke arah air atau jalan yg lurus.
  • Mengambil rujukan daripada Surah Al Jathiyah ayat ke 18 yg bermaksud "Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)"
  • Diasaskan daripada ajaran Al Quran dan Sunnah Nabi SAW ( perkataan & perbuatan Baginda)
  • Tidak hanya meliputi undang2 & peraturan tetapi merupakan satu panduan cara hidup yg komprehensif (menyeluruh).
Kriteria (sifat) SYARIAH
  • Rabbaniyah - sesungguhnya ia adalah daripada Allah SWT (Rabb)
  • Alamiyyah - ia bersifat universal (luas & menyeluruh)
  • Waqi'iyyah - ia realistik dan fleksible ( sesuai dalam apa jua keadaan)
  • Syumuliyyah - ia meliputi segalanya secara menyeluruh (komprehensif)
Cabang Cabang SYARIAH
  1. Aqidah - mengenai ikutan & kepercayaan
  2. Ahklak - mengenai moral, perlakuan dan etika
  3. Fiqh - mengenai perkara fizikal perlakuan diri, perbuatan
Ojektif Objektif SYARIAH

Sesungguhnya tujuan diturunkan syariah ini melalui Al Quran & Nabi SAW adalah bertujuan untuk
  1. Mendidik Manusia dalam menjalani ujian kehidupan di muka bumi atas apa yg dianugerah oleh Allah SWT berdasarkan panduan2nya.
  2. Memelihara 5 Prinsip Dalam Islam iaitu:
  • Mengawal Agama - dalam perkara panduan memilih agama, hukuman murtad
  • Menjaga Nyawa - menghargai nyawa, hukum & hak berbunuhan
  • Memelihara Akal - tuntutan ilmu, mendidik akal supaya berfikir
  • Memelihara Keturunan - perkara nikah kahwin, asal usul, hukuman zina
  • Memelihara Harta - perkara mengawal sumber2 harta, zakat, boros, membazir, tamak
Selain itu ia juga bertujuan untuk Menegakkan KEADILAN supaya umat manusia berjaya di dunia dan juga akhirat. ini boleh dirujuk kepada firman Allah SWT:

لَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا رُسُلَنَا بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَأَنزَلۡنَا مَعَهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡمِيزَانَ لِيَقُومَ ٱلنَّاسُ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَأَنزَلۡنَا ٱلۡحَدِيدَ فِيهِ بَأۡسٌ۬ شَدِيدٌ۬ وَمَنَـٰفِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعۡلَمَ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۥ وَرُسُلَهُ ۥ بِٱلۡغَيۡبِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ۬
"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."

Surah Al Hadid 57:25

Alhamdullilah, demikianlah serba sedikit ringkasan mengenai perkara SYARIAH. Semoga kita sama2 mendapat manafaat daripada penulisan diatas. Insyaallah.

Sabtu, Julai 25, 2009

Khutbah Muamalat : Larangan Bermuamalat Dengan Riba

Sabtu, Julai 25, 2009 0


Insyaallah, dapat kiranya kita meluangkan sedikit masa mendengar dan mengambil ilmu dari khutbah yg di sampaikan mengenai larangan bermuamalat dengan riba. Tempoh khutbah ini lebih kurang 17 minit.

Semoga kita semua mendapat kesedaran dan manafaat darinya.

Khamis, Mei 14, 2009

Muamalat Islam: Vatican Iktiraf Kewangan Islam

Khamis, Mei 14, 2009 0

Assalamualaikum WBT.

Lagi rencana berita mengenai pengiktirafan oleh pihak Vatican terhadap Kewangan Islam. Sedikt terjemahan dalam bahasa melayu seperti berikut:


Kewangan Islam Boleh Membantu Krisis Perbankan Barat Ujar Vatican.

"Vatican telah menyeru agar bank bank melihat kepada perundangan kewangan Islam untuk memulihkan kembali keyakinan pelanggan dalam keadaan krisis global sekarang.

Prinsip etika sebagai asas kewangan Islam diyakini dapat mendekatkan lagi hubungan antara pelanggan mereka dalam menyampaikan ke tahap tanda aras sebenar khidmat kewangan."

Sumber: Bloomberg.com Bertarikh 4-Mar-2009

Alhamdullilah, kebelakangan ini semakain ramai pihak2 yg Non Muslim mengakui akan keberkesanan dan kebaikan perbankan Islam. Amin. 

Cuma sedikit sayang, masih ada segelintir muslim yg masih enggan & kabur2 dalam meyakini sistem tersohor ini. Namun begitu usaha2 dakwah & Ilmiah harus diteruskan dalam memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan berkenaan Muamalat Islam dalam mendidik masyarakat berkenaannya seperti yg dituntut.

Insyaallah. Salam.

Isnin, Mei 11, 2009

Muamalat Islam: Satu Rencana Utk Renungan

Isnin, Mei 11, 2009 0

Sedikit terjemahan dari artikel di atas mengikut bahasa yg ringkas utk mereka yg kurang fasih berbahasa inggeris:

SEMAKIN RAMAI BUKAN ISLAM MENCUBA PERBANKAN ISLAM:OCBC

"Bukan Islam merupakan separuh daripada pelanggan perbankan Islam Al Amin OCBC menurut Ketua Pegawai Eksekutif"

Perbank Islam semakin mendapat tempat di hati bukan Islam di seluruh dunia kerana ketegasannya dalam prinsip pembiayaan, menurut bank ketiga terbesar Singapura itu, menyaksikan usaha industri perbankan menjadikan sumber kerpecayaan sebagai satu langkah dalam mendapatkan tempat dalam pasaran.

Kewangan Islam merupakan satu adunan ekonomi Islam dan prinsip pinjaman moden dimana produknya boleh dinikmati dan dimanafaatkan oleh orang Islam dan bukan Islam.

Pada sautu ketika dahulu perbankan Islam merupakan satu pasaran yg kecil bagi menyediakan kemudahan bagi umat islam yg mengelakkan perbankan konvesyenal kini kewangan Islam merupakan produk popular kebelakangan ini oleh kerana pelaburan besar oleh syarikat dari Negara Teluk dan meningkatnya permintaan dalam pelaburan beretika.

Orang bukan Islam juga sekarang telah mula mencari pelaburan2 yg berisiko rendah sebagai alternatif kepada keaadan kredit global masa sekarang yg menyaksikan tahap keraguan mereka terhadap tatacara pengurusan risiko mengikut praktis barat.

Business Times 1/12/2008 


Artikel ini dpetik dari Business Times. Rencana ini berkenaan Orang Bukan Muslim yg semakin berminat menggunakan produk perbankan Islam. Bagaimana reaksi  kita terhadap perkara ini. Jadilah pengguna yg bijak dalam menilai sesuatu perkara.Perlukah kita sebagai orang Islam sendiri memperlekehkan sistem sendiri sedangkan orang lain mengetahui akan kekuatannya.

Sehingga bertemu dalam posting seterusnya. Renung renungkan.

Salam.


 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates