EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM: Ekonomi Islam: Pandulah Dengan Al Quran

BERSAMA PAUTAN UKHWAH


Ukhwah.com :: Top Blog

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang MAHA Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

(Al Alaq: Ayat 1-5)

Yang Sedang Membaca:

Yang Sudah Membaca : website analysis

UNGKAPAN RASA

"Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan."

Rabu, September 10, 2008

Ekonomi Islam: Pandulah Dengan Al Quran

Rabu, September 10, 2008
Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmannirrahim

WAJIB DENGAR BAH.2!

Ana teruskan kuliyyah ringkas Ustz Sharil Long ini sambungan dari kuliyyah sebelum ini , dengan kali ini ditekankan mengenai APA TUJUAN AL QURAN DITURUNKAN. Para pembaca sekelian luangkanlah sedikit masa (2 min jek) untuk mengambil ilmu darinya Insyaallah.

Sesungguhnya kalam Allah ini memang telah lengkap kerana ia bukan ciptaan manusia yg penuh dengan kekurangan atas sifat2 semulajadinya, akan tetapi masih ada antara kita yg mahu mempersoalkan akan penguatkuasaannya atas sifat keperimanusiaan dan kesesuaian zaman. SIAPA KITA UNTUK MEMPERTIKAIKANNYA? Kita sendiri penuh dengan kelemahan apakah HAK kita untuk mempertikaikan hak MAHA PENCIPTA KITA yg tentunya TERAMAT SEMPURNA.

Dalil Firman Allah:

إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا


"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat"

Surah An Nisa [4:105]


Oleh yg demikian saudara pembaca sekelian moga dapatlah hendaknya kita mengambil iktibar dari kuliyyah ini agar dapat memelihara iman & aqidah keislaman kita dengan lebih baik.

Sesungguhnya diam itu lebih baik dari kita berkata2 tentang perkara yg kita tidak mengetahui akan ilmunya. Kita carilah ilmu itu agar menjadi panduan sebagai cahaya menyuluh kesamaran dalam beriman beramal dan bertakwa.

Salam.

3 ulasan:

Unknown berkata...

salam...saya terjumpa blog anda semasa mencari maklumat berkenaan leasehold di google. Maklumat2 di dlm blog ini amat menarik. Saya mengambil kesempatan di sini untuk bertanya kepada saudara jika mengetahui atau harap saudara dapat bertanya pada sesiapa yg pakar dan letakkan di laman saudara. Saya ingin tahu adakah syarak membenarkan kita memberi rumah yg berstatus pegangan sementara? Saya sangat2 hendak membeli rumah tetapi sy tangguhkan dulu sehingga saya dapat jawapan yg munasabah berkenaan status pegangan bebas. Terima kasih.

Mohd Hafiz Hassan berkata...

Waalaikumusalam

Terima kasih atas kunjungan saudara. Bagi menjawab persoalan saudara adalah lebih baik & elok bagi saya merujukkan saudara kepada orang yg lebih layak & pakar dalam bidang tersebut.

Sila saudara merujuk kepada laman Ustaz Zaharudin di

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=category&sectionid=14&id=56&Itemid=101

Beliau amat dikenali kerana sering memberi kuliyyah dan nasihat2 melalui webnya bagi persoalan2 yg kritikal.Saudara boleh mengemukakan soalan melalui emel atau webnya.

Salam.

Unknown berkata...

Sebelum saya ke web saudara saya sudah kunjungi web UZAR dan telah bertanyakan sebanyak 2 kali melalui shoutboxnya tetapi tiada jawapan diberikan. Link yang saudara berikan juga telah saya kunjungi. Saya akan bertanya lagi pada UZAR. Jika saudara ada maklumat harap dapat dikongsikan bersama. Walau macam mana pun saya ucapkan terima kasih dan tahniah usaha saudara mengendalikan web ini.

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates